#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Presiden Perancis Bantah Penempatan Haram Israel Di Palestin


 

Pada hari Ahad (16 Julai), Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa Paris membantah pengembangan berterusan penempatan haram Israel di tanah Palestin.

Beliau menggesa supaya satu rundingan damai baru diadakan bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin yang telah lama berlarutan.

Macron turut menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa perlu dihormati oleh semua pihak.

Ujarnya lagi, rakyat Israel dan Palestin sepatutnya dapat hidup berdampingan secara damai dalam sempadan yang selamat dan diiktiraf dengan Jerusalem sebagai ibu kota.

“Saya harap segalanya akan dilaksanakan untuk mengadakan rundingan untuk bergerak kehadapan,” katanya.

Rundingan antara Israel dan Palestin telah terhenti susulan kegagalan usaha Amerika Syarikat dalam menjadi “orang tengah” pada tahun 2014.

Macron dilihat mengikuti jejak langkah proaktif seperti yang dilakukan oleh bekas presiden Perancis, Francois Hollande, di mana beliau berusaha untuk menggerakkan masyarakat dalam rundingan damai, namun langkah itu mencetuskan kemarahan Israel.

Sebelum bertemu Netanyahu, Macron telah berjumpa dengan pemimpin Palestin, Mahmud Abbas pada Rabu lepas.

“Perancis sentiasa mengutuk pembinaan penempatan berterusan, di mana ia adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini sejak permulaan tahun ini,” kata beliau.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lepas, Israel mengumumkan peningkatan yang ketara dalam pembinaan penempatan haram sejak 3 bulan lalu walaupun resolusi PBB menggesa mereka menghentikan pembinaan itu.

Sumber: Malay Mail

 

 

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.