#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Tikus Gergasi Penghidu Periuk Api


 

Tikus besar dari Afrika Tengah ini bersaiz seperti kucing mempunyai deria penglihatan yang teruk tetapi deria bau yang luar biasa. Ini menjadikan mereka calon yang sempurna untuk mencari periuk api yang tersembunyi dengan menghidu bau letupan TNT.

Beberapa dekad selepas konflik di Afrika namun saki-baki peperangan masih berada di dalam bumi.

Ia mencacatkan dan membunuh beribu-ribu orang yang terpijak periuk api setiap tahun.

Seekor tikus penghidu periuk api dan penjaganya

Mengesan Periuk Api Secara Tradisional Membahayakan Nyawa Manusia

Pada tahun 2013, periuk api dan bahan letupan lain yang ditanam menyebabkan 3,308 kecederaan dan kematian di seluruh dunia, ia mengalami penurunan dari sebanyak 4,325 kecederaan pada tahun 2012, menurut laporan Pengawasan Periuk Api 2014.

Mencari bahan letupan tersembunyi ini mencabar dan berbahaya.

Individu yang mempunyai alatan pengesan logam bukan sahaja merisikokan nyawa mereka, mereka bekerja secara perlahan-lahan, berhenti untuk menyiasat setiap bunyi ping yang mencurigakan.

Walaupun biasanya anjing terlatih digunakan dalam kes-kes seperti ini, ia mahal dan sukar untuk dibawa.

APOPO- Agensi Melatih Tikus Pengesan Periuk Api

APOPO, sebuah agensi Belgium  yang tidak mengaut keuntungan telah mencipta tentera yang terdiri daripada tikus gergasi Afrika penghidu TNT. Haiwan-haiwan ini cukup ringan untuk berjalan di atas periuk api tanpa mencetuskannya, serta boleh menggunakan hidungnya untuk mencari bahan peledak dengan cepat.

Seekor tikus boleh mencari periuk api dalam kawasan seluas 2000 kaki persegi (200 meter persegi) dalam masa 20 minit. Manakala seorang manusia memerlukan empat hari untuk keluasan yang sama, kata pengurus latihan APOPO, Abdullah Ramadhan.

Sejak APOPO ditubuhkan pada tahun 1997,  penghidu berbulu  ini telah membantu membersihkan 13,200 periuk api dari kawasan periuk api di Tanzania, Mozambique, Angola, dan, paling baru, di Kemboja.

Seekor tikus diberi makanan selepas berjaya menghidu kehadiran periuk api

Cara Ia Dilakukan

Melatih tikus untuk menghidu periuk api bukannya sebuah perkara yang mudah.

Pertama, tikus perlu belajar bagaimana mereka perlu berada di sekeliling manusia daripada kecil lagi.

Kedua, mereka tidak bertindak balas terhadap arahan lisan, jadi pelatih perlu mengajar mereka menggunakan bunyi klik yang bermakna mereka akan mendapat ganjaran makanan.

Langkah terakhir adalah mengikat haiwan-haiwan itu kepada abah-abah dan mengajar mereka cara berjalan di atas grid tali di kawasan-kawasan tersebut.

Apabila tikus terlatih menjumpai periuk api, mereka berhenti dan menggaruk di tempat TNT itu berada, ia kemudian akan ditanda dan digali manusia. Jika ada periuk api, mereka akan meletupkannya di situ juga.

Keseluruhan proses latihan ini mengambil masa sembilan bulan untuk setiap tikus.  Terdapat kelemahan  dalam program ini- haiwan ini  hanya hidup sekitar lapan tahun, ini bermaksud tempoh  latihan ini agak lama  untuk seekor haiwan dengan jangka masa kehidupan yang agak pendek.

Seekor tikus diikat di grid tali menggunakan abah-abah untuk membantu mereka menentukan lokasi periuk api

Ramadhan mengatakan bahawa tikus penghidu periuk api ini  telah membuat perbezaan besar di banyak tempat.

Sebagai contoh di Kemboja, hampir 50 peratus masyarakat mengatakan bahawa periuk api menghancurkan mata pencarian mereka kerana ia mengehadkan keluasan tanah yang mereka boleh gunakan untuk pembinaan atau tanaman, menurut laporan kerajaan.

“Boleh bergerak dengan bebas tanpa rasa takut, adalah satu kelegaan bagi semua orang yang saya kenali” kata Ramadhan

Sumber: National Geographic

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.