#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Penggambaran Tertangguh, Disney Belum Temui Pelakon Aladdin


 

Penerbit filem animasi terunggul, Disney, ketika ini dalam perancangan untuk menghasilkan beberapa filem ‘remake live action’ (daripada animasi menjadi filem dengan pelakon sebenar). Namun ada di antara projek mega itu memerlukan perhatian lebih khusus dan salah satunya ialah filem Aladdin.

Disney bersama pengarah rasmi Aladdin, Guy Ritchie telah mengadakan sesi ujibakat secara global untuk mencari calon watak utama filem muzikal berdasarkan animasi yang pernah ditayangkan sekitar tahun 1992 itu.

Dari London, Mesir, India, hingga Abu Dhabi, sudah seramai 2,000 orang aktor dan aktres telah menjalani sesi ujibakat sebagai Puteri Jasmine dan Aladdin.

Tetapi untuk mencari seorang pelakon Aladdin berusia dalam lingkungan 20an yang dapat berlakon dan bernyanyi nampaknya sangat sukar. Tambahan calon aktor tersebut haruslah berketurunan dari Timur Tengah atau India.

Disney dilaporkan sedang mempertimbangkan aktres India iaitu Tara Sutaria dan aktres Inggeris berdarah kacukan India Naomi Scott, sebagai calon watak Puteri Jasmine.

Manakala untuk watak Aladdin, pihak studio sedang mempertimbangkan pelakon Riz Ahmed dan Dev Patel. Namun pihak studio tetap mengutamakan pelakon baru untuk kedua-dua karakter tersebut.

Untuk sementara ini, bintang Will Smith tersenarai sebagai salah satu pelakon untuk filem itu. Beliau akan memainkan peranan sebagai Genie.

Dalam pada itu, netizen mempunyai banyak cadangan. Pelakon Kanada, Avan Jogia yang membintangi siri Tut dan sitkom Nickelodeon, Victorious, adalah pilihan yang popular. Bekas ahli One Direction, Zayn Malik dan pelakon drama bersiri 13 Reasons Why, Christian Navarro turut mendapat perhatian pengguna media sosial.

Bagi watak Jasmine pula, orang ramai mencadangkan pelakon terkenal Hollywood, Priyanka Chopra dan Jade Thirlwall daripada kumpulan Little Mix.

Kegagalan pihak studio dalam memilih pelakon itu turut melambatkan proses penggambaran yang dijadualkan sepatutnya bermula Julai ini. Jika tiada halangan, proses penggambaran akan bermula pada Ogos depan.

 

Sumber: Time.com

Please follow and like us:
20

Comments

Post Tags
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.