#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Krew Hainan Airlines Berfesyen di Udara


 

Pakaian seragam menandakan identiti sesebuah syarikat, terutama syarikat penerbangan. Identiti tersendiri dalam pakaian akan membantu membezakan antara jenama syarikat penerbangan.

Kita telah melihat banyak seragam yang cantik tetapi untuk syarikat penerbangan China ini, mereka telah menghasilkan seragam yang cukup memukau. Ia kelihatan seperti krew kabin Hainan Airlines berjalan dalam pesawat dari pentas peragaan.

Diperkenalkan di Paris dalam Minggu Couture Musim Luruh / Musim Sejuk 2017, seragam baru syarikat Hainan Airlines yang direka oleh pereka terkenal, Laurence Xu adalah gabungan memukau dari Timur dan Barat.

Pakaian seragam itu menggabungkan reka bentuk Cheongsam, pakaian tradisional Cina untuk wanita yang biasanya dipakai pada majlis-majlis rasmi, dilengkapi dengan sut gaya Barat.

Seragam terkini itu mengekalkan warna rasmi syarikat iaitu warna kelabu dan diserikan dengan corak abstrak bermotif awan, laut dan gunung dalam padanan warna biru dan putih.

Menurut syarikat penerbangan itu, corak baru itu mencerminkan pesawat Hainan dan menampilkan “roc”, burung mitos yang menunjukkan kekuatan dalam budaya Cina. Sutnya pula direka bentuk seperti tulip untuk menyerlahkan keanggunan dan sisi kewanitaan pramugari yang memakai.

Pakaian seragam baru yang cukup bergaya dan elegan menjadi penunjuk bahawa syarikat penerbangan itu mungkin mengubah visi dan strateginya untuk menjadi jenama syarikat penerbangan yang lebih sofistikated.

Ia adalah kali kelima syarikat penerbangan yang diasaskan pada tahun 1993 itu mengubah reka bentuk seragamnya.

Kali terakhir Hainan Airlines mereka bentuk pakaian seragamnya adalah pada tahun 2010. Pada masa itu, Hainan Airlines berhasrat untuk menjadi salah satu syarikat penerbangan terkenal di dunia dengan pakaian seragam yang mempunyai ciri korporat dan profesional.

Hainan Airlines menduduki tangga kesembilan terbaik dunia dalam Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia tahun ini, bersama-sama dengan kedudukan ke-10 dalam kedudukan kakitangan kabin terbaik. Ia adalah syarikat pengangkutan udara milik swasta terbesar dengan bilangan pesawat keempat terbesar di China.

Gambar baju seragam itu turut mendapat perhatian di media sosial dengan ramai orang menyatakan kekaguman mereka terhadap usaha syarikat penerbangan itu.

 

Sumber: Stuff.co.nz

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.