#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Berjaya Mencipta Firma Bernilai $1Bilion Dari Bilik Bawah Tanah


 

Keluarga dan kawan-kawannya menyangka dia telah hilang akal.

“Mereka berkata ‘apa kena dengan lelaki ini?,” kata Carl Rodrigues, seorang perunding IT.

Semuanya bermula apabila beliau bangun dari tidur dan memutuskan untuk berhenti daripada kerjanya.

Beliau berfikir daripada melakukan kerja yang akan menguntungkan untuk orang lain, dia akan ke ruang bawah tanah dan memajukan produk komputer yang akan menguntungkannya.

Rodrigues memulakan langkahnya dengan bekerja dari bawah tanah rumahnya di Kanada

Masalahnya beliau tidak mempunyai sebarang idea ketika itu. Walaupun isteri dan ibu mertuanya risau akan keadaannya, beliau tidak pernah berputus asa.

Jadi pada tahun 2001, beliau bekerja di bawah  tanah  rumahnya  di bandar Mississauga, Kanada, dan mula mencuba sesuatu.

“Matlamat saya adalah melihat apa yang saya dapat hasillkan jika saya melakukan sesuatu yang saya suka,” katanya.

“Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan, tetapi saya fikir saya sekurang-kurangnya patut cuba.”

Selepas sebulan bekerja seperti orang gila, Rodrigues telah menghasilkan idea pertama yang dibentuk sepenuhnya oleh beliau – sistem perisian yang membolehkan pengguna mengawal telefon bimbit mereka dari komputer riba mereka.

Permulaan Syarikat Rodrigues- Soti

Menamakan syarikatnya Soti, jualan sistem itu bermula dengan  perlahan,  hanya setahun kemudian Rodrigues mendapat panggilan telefon dari salah satu kumpulan pasaraya terbesar di UK.

Firma tersebut tidak mahu menjual sistem itu kepada pelanggannya, sebaliknya  ia mahu menerapkannya ke dalam operasinya supaya kakitangan syarikat itu dapat berkomunikasi dan menyampaikan data dan maklumat lain dengan lebih baik.

Rodrigues, kini berusia 55 tahun dan merupakan ketua eksekutif Soti.

Beliau menceritakan pengalaman tersebut:

“Saya masih berada di bilik bawah tanah apabila mendapat panggilan dari syarikat itu yang mengatakan mereka ingin membuat pesanan.”

“Saya rasa mereka tidak sedar bahawa mereka sedang bercakap dengan seorang lelaki di ruang bawah tanah, jadi apabila orang itu meminta mahu bercakap dengan seseorang di bahagian jualan saya bercakap dengan nada yang sedikit berbeza.”

Muslihat kecil itu berjaya , dan firma UK tersebut membuat  “pesanan besar” untuk sebanyak 20,000 unit.

Tawaran Pembelian Syarikat Daripada Microsoft

Soti tidak pernah memandang ke belakang walaupun kebanyakan orang tidak pernah mendengar  tentang firma itu. Beliau menjual sistem perisian teknologi mudah alihnya kepada syarikat-syarikat dan bukannya orang perseorangan – kini beliau  mempunyai pendapatan tahunan sebanyak $80m (RM 342 million).

Oleh sebab perniagaannya tidak memerlukan pelaburan dari pihak luar,  ia kekal 100%  milik beliau dan isterinya.

Beliau berterusan menolak pelbagai tawaran pembelian syarikat, termasuk tawaran yang tidak didedahkan nilainya daripada Microsoft pada tahun 2006. Pemimpin perniagaan berpangkalan di Kanada itu sebaliknya mengatakan bahawa dia mahu Soti “menjadi sebesar yang boleh” di dunia komputer.

Asal-Usul Rodrigues

Dilahirkan di Pakistan kepada keluarga yang mengamalkan Roman Katolik yang berasal daripada kedatangan penjajah Portugis Goa di pantai barat India. Rodrigues berhijrah ke Kanada bersama ibu bapanya dan empat adik-beradik ketika berusia 11 tahun.

Rodrigues dan keluarganya berhijrah dari Pakistan ke Kanada (Rodrigues berdiri di sebelah abangnya)

Keputusan untuk meninggalkan Pakistan  adalah keputusan ibunya. Beliau berkata ibunya semakin risau terhadap ketidakstabilan politik dan sosial  negara itu pada awal 1970-an.

Beliau berkata: “Ayah gembira di Pakistan, tetapi ibu mahu anak-anaknya mempunyai tempat yang selamat untuk membesar dan mempunyai pendidikan yang baik.”

Oleh sebab keluarganya bertutur bahasa Inggeris di rumah, Rodrigues mengatakan dia tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri di Toronto. Dia juga menyukai cuaca yang lebih sejuk di sana.

“Saya teringin sangat melihat salji,” katanya. “Perkara menakjubkan yang  tidak pernah saya lihat .”

Selepas menghabiskan sesi persekolahan, Encik Rodrigues mendapatkan ijazah dalam sains komputer dan matematik di University of Toronto.

Dia kemudian meluangkan masa beberapa tahun bekerja sebagai perunding, sebelum melancarkan Soti pada tahun 2001.

Hari ini syarikat itu bernilai lebih daripada $ 1billion, dan mempunyai 17,000 pelanggan di serata dunia, dan 700 pekerja di 22 negara.

Cabaran

“Soti adalah salah sebuah syarikat yang telah berjaya kerana ia memberi tumpuan kepada bidang yang khusus,” kata Encik Veitch, yang merupakan editor laman web IDG Connect.

Soti berjaya kerana ia mempunyai tumpuan perniagaan yang khusus dalam sektor teknologi

“Ramai pesaingnya adalah peniaga besar yang menguasai  hampir setiap aspek industri  IT. Hal ini sesuai untuk pelanggan yang suka membeli banyak barang daripada satu syarikat.  Tetapi bagi orang lain, sebuah syarikat yang mempunyai pengkhususan adalah lebih baik.”

Rodrigues mengatakan dia lebih menyukai jika pengurus-pengurus kanannya “menjadi ketua eksekutif mereka sendiri”.

Beliau menjelaskan: “Saya sangat  sibuk melakukan perkara-perkara lain, jadi mereka perlu menjadi CEO sendiri dan menguruskan organisasi ini sendiri.”

Salah satu masalah yang beliau hadapi , adalah  kurangnya ‘programmer’ komputer yang bagus.

Untuk mengatasi masalah ini,  beliau terpaksa berfikir secara kreatif, Soti mengadakan  iklan untuk individu  yang tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan dalam programming untuk mencuba nasib mereka.

Setakat ini firma telah merekrut lebih kurang 16 orang di bawah inisiatif ini dengan memberi mereka  beberapa ujian.

Soti juga telah mengupah 20 ‘programmer’ dari Ukraine serta membantu mereka berpindah ke Kanada bersama keluarga mereka.

Kini Encik Rodrigues tidak lagi bekerja dari ruang bawah tanah, ibu mertuanya masih tinggal bersama beliau, isteri serta dua orang anak lelaki mereka.

“Ibu mertua saya bukan orang yang  pemalu… saya rasa dia gembira dengan apa yang saya telah capai.”

Sumber: bbc

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.