#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Perkahwinan Gay Islam Pertama di UK


 

Seorang lelaki Bangladesh menjadi orang Islam pertama berkahwin dengan pasangan sejenis di Britain.

Perkahwinan Jahed Choudhury, 24, dan Sean Rogan, 19 yang berlangsung di Walsall pada 22 Jun lalu itu mendapat perhatian media tempatan dan media antarabangsa.

Jahed berkata pasangannya Sean kini sedang mempertimbangkan memeluk agama Islam selepas ini.

Dalam majlis di hadapan keluarga dan rakan-rakan, kedua-dua mempelai mengenakan busana tradisional Bangladesh berwarna krim dan merah serta memakai kalungan bunga.

“Saya ingin katakan kepada semua orang yang melalui perkara yang sama seperti saya, tidak mengapa, kita akan tunjukkan kepada dunia bahawa anda boleh menjadi gay dan Islam. Saya kini menantikan kehidupan bahagia bersama Sean,” Jahed berkata ketika di temuramah.

Jahed dan Sean turut merancang akan berbulan madu ke Sepanyol.

Menceritakan pengalaman menjadi gay dalam masyarakat Islam, Jahed berkata beliau pernah berdepan pelbagai cabaran termasuk dicemuh, diludah, dibaling sampah dan dipanggil babi.

Beliau juga berkata pernah dihantar ke Mekah bagi menunaikan haji dengan harapan beliau menukar orientasi seksual. Jahed mengakui pernah cuba membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan itu.

Jahed berkata dia diserang penduduk Islam di tempat tinggalnya, selain tulisan anti-gay disembur di pintu depan rumahnya. Masjid yang pernah dikunjungi selama 15 tahun lalu tidak lagi membenarkannya masuk dan dia diserang secara fizikal oleh lelaki Islam lain.

Kedua-dua pasangan itu bertemu secara tidak sengaja apabila Jahed yang sedang menangis atas sebuah bangku di England ditegur oleh Sean.

“Sean kemudian mengambil berat tentang saya dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk menjadi pasangan,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, perkahwinan yang mendapat liputan hangat itu telah mencetuskan kemarahan banyak pihak terutama pihak Muslim yang menyifatkan perkahwinan tersebut bercanggah dengan agama.

Sejak berita perkahwinan itu tersebar, pasangan itu telah menerima pelbagai ancaman termasuk ugutan bunuh dan ugutan simbah asid.

 

Sumber: malaysiakini bbc.com

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.