#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Majikan Di Eropah Tidak Boleh Menyemak Media Sosial Bakal Pekerja


 

Majikan yang menyemak profil media sosial (Facebook atau Twitter) bakal pekerja sebelum membuat keputusan sama ada ingin mengambil mereka bekerja mungkin melanggar undang-undang Eropah.

Pihak majikan di Eropah tidak lagi dibenarkan menyemak profil laman sosial pekerja mereka sesuka hati

Menurut garis panduan yang diterbitkan oleh agensi perlindungan data EU, majikan kini  memerlukan “alasan yang kukuh” sebelum menyemak profil media sosial bakal pekerja dan maklumat yang dikumpulkan mestilah “relevan dengan pekerjaan itu”.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap lebih daripada 2,000 majikan oleh CareerBuilder, sebuah syarikat pencarian pekerja dalam talian, dianggarkan 60% majikan menggunakan laman rangkaian sosial untuk menapis calon yang berpotensi sebelum membuat keputusan.

Mereka yang mengawal selia perkara ini sedang membentuk sebuah kumpulan peraturan tentang perlindungan data yang dikenali sebagai Perkara 29 pihak pekerja.

Garis Panduan Baru Melindungi Data Peribadi Pekerja

Garis panduan tersebut mengatakan walaupun majikan mungkin rasa menyemak laman sosial merupakan perkara yang wajar dilakukan, namun mereka  tidak boleh menganggap hanya kerana profil media sosial seseorang itu boleh dilihat umum, mereka dibenarkan menggunakan data tersebut untuk tujuan tersendiri.

Bakal pekerja mesti diberitahu terdahulu jika syarikat itu berhasrat untuk mengaudit profil media sosial mereka, dan majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk menerima permintaan mereka menjadi rakan di sosial media

Walau bagaimanapun, pendapat pihak pekerja juga mungkin digunakan untuk membuat undang-undang EU yang baru dan ketat, yang dikenali sebagai Peraturan Perlindungan Data Umum, yang akan berkuatkuasa mulai Mei 2018.

Undang-undang baru itu menyuruh syarikat-syarikat besar untuk melantik “pegawai perlindungan data” untuk memastikan arahan dipatuhi dan mengenakan denda sehingga 4% perolehan global, atau sebanyak  € 20 juta yang mana nilainya lebih tinggi.

Syarikat juga tidak boleh menyuruh pekerja memakai peranti untuk memantau kesihatan dan aktiviti mereka.

Perkara ini  menyalahi undang-undang walaupun ia mendapat persetujuan pekerja, memandangkan tahap hubungan yang tidak sama antara pihak majikan dan pekerja.

Kumpulan pekerja juga menyasarkan perisian yang digunakan oleh syarikat untuk mengesan pergerakan pekerja dan aktiviti melayari internet ketika mereka bekerja dari rumah.

Ia menyatakan bahawa “pakej perisian” yang membolehkan ‘screenshot’ serta webcam, “tidak mungkin sah disisi undang-uundang”

Peraturan ini juga menghalang majikan daripada berkongsi maklumat pekerja mereka dengan pelanggan.

Sebagai contoh syarikat penghantaran yang menghantar nama, lokasi dan gambar kecil penghantar kepada pelanggannya untuk  membenarkan pelanggan menyemak sama ada penghantar  itu adalah orang yang betul.

Garis panduan ini merujuk kepada “semua situasi di mana terdapat hubungan antara  majikan dan pekerja “. Ini bermakna mereka melindungi pekerja yang tidak mempunyai  kontrak kerja formal.

Sumber: CNBC

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.