#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


GPOW: Inovasi Untuk Peniaga Pasar Malam


 

Pemerhatian ke atas peniaga pasar malam menggunakan generator minyak diesel untuk menghasilkan elektrik dan kesannya terhadap pencemaran udara dan bunyi mendorong pasukan inovasi Sekolah Dato’ Abdul Razak, membangunkan inovasi tenaga suria yang dinamakan Green Power on Wheels (GPOW).

Inovasi berkenaan adalah satu sistem kuasa solar yang boleh diletakkan pada kenderaan bermotor dan berupaya mengurangkan kos pembelian dan penyelenggaraan tinggi generator minyak diesel.

Sistem itu boleh dikawal dalam satu sistem berpusat yang mampu memberikan perkhidmatan kepada semua peniaga pasar malam.

Idea memulakan projek itu mendapat dorongan awal daripada Guru Kemahiran Hidup sekolah tersebut untuk menghasilkan produk rekaan inovasi kejuruteraan yang boleh dipertandingkan pada peringkat global.

Bagi memastikan kemampanannya, sistem kuasa solar ini menggunakan meter prabayar yang boleh mengoptimumkan kegunaan tenaga elektrik selain dapat meminimumkan kehilangan tenaga dalam bentuk tenaga bunyi dan haba.

Inovasi berkenaan memiliki keistimewaan tersendiri iaitu boleh diletakkan pada kenderaan peniaga seperti van dan lori. Mereka hanya perlu membayar jumlah tenaga elektrik yang diperlukan sahaja.

Pemotongan dari segi kos pengoperasian membolehkan peniaga meningkatkan kuantiti jualan dan menjana lebih keuntungan.

Pada masa sama, GPOW dapat mengurangkan pembaziran tenaga akibat daripada pembakaran bahan api diesel seterusnya menggalakkan kempen kesedaran pemuliharaan alam sekitar dalam mengekalkan kelestarian hijau.

 

 

Sumber: beritaharian

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.