#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Haiti Wujudkan Semula Pasukan Tentera


 

Selepas dua dekad tanpa tentera, Haiti mengumumkan rancangan untuk mewujudkan semula pasukan tentera di negara itu untuk menangani bencana alam dan kes penyeludupan.

Walau bagaimanapun, terdapa pihak yang bimbang kerana langkah itu mungkin boleh mengembalikan isu salah guna kuasa, di mana tentera akan digunakan sebagai “alat penindasan” orang.

Negara itu juga mengumumkan rancangan untuk merekrut 500 orang lelaki dan wanita berusia 18 hingga 25 tahun untuk “menuntut semula kedaulatan negara,” memandangkan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenali sebagai “Helmet Biru”, akan berakhir.

Misi Penstabilan PBB di Haiti (MINUSTAH) dilancarkan pada tahun 2004 untuk menangani keganasan susulan kematian mengejut bekas Presiden Jean-Bertrand Aristide.

Misi yang berlangsung selama 13 tahun itu akan tamat pada bulan Oktober ekoran keadaan keselamatan yang bertambah baik dan proses pilihan raya yang berjaya selepas 2 tahun negara itu mengalami pergolakan politik.

“Pemergian helmet biru adalah satu cabaran, tetapi ia adalah satu perkara yang kami telah rancang,” kata Menteri Pertahanan, Herve Denis.

Pihak kerajaan menyatakan bahawa mereka bercadang untuk meletakkan tentera di sepanjang sempadan Republik Dominikan dalam usaha membanteras penyeludupan.

Tentera juga akan diletakkan di wilayah-wilayah yang dilanda bencana alam.

Denis berkata, kerajaannya akan turut mencetuskan peperangan dengan kumpulan pengganas.

“Walaupun jika tiada ancaman tahap tinggi, kami masih mempunyai tanggungjawab serantau,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mengakui bahawa negara yang tidak stabil itu tidak diancam oleh mana-mana musuh luar buat masa ini.

Menurut Denis, mewujudkan semula tentera adalah syarat dalam perlembagaan yang memerlukan tentera bersama pihak polis.

Tambahnya lagi, beliau lebih gemar menggunakan istilah “pasukan pertahanan dan keselamatan.”

Pada tahun 1995, pasukan tentera Haiti dibubarkan oleh Aristide yang digulingkan dalam sebuah rampasan kuasa tentera tujuh bulan selepas beliau mula memerintah pada tahun 1991.

Langkah itu sekali gus menamatkan gangguan politik dan rampasan kuasa yang telah berlangsung selama berdekad-dekad.

Walau bagaimanapun, ramai pemerhati tempatan dan antarabangsa mempersoalkan rancangan Haiti untuk mewujudkan semula tentera.

Bajet keseluruhan bagi negara itu hanya AS$2.2 bilion, dan pasukan tentera akan mempunyai sekurang-kurangnya 3,000 hingga 5,000 orang kakitangan.

“Ia adalah lebih baik jika pihak berkuasa menumpukan usaha mereka terhadap pasukan polis kebangsaan,” kata pengarah National Network Defense of Human Rights, Pierre Esperance.

Esperance berkata, pasukan polis sepatutnya diberi peralatan yang secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka.

Polis Kebangsaan Haiti ditubuhkan pada tahun 1995 selepas pasukan tentera dimansuhkan. Jumlah anggota pula hanya 13,000 orang dan ia dianggap tidak cukup untuk membantu populasi negara itu yang mempunyai 11 juta orang.

Sumber: Arab News
Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.