#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ramai Graduan UK Ingin “Berehat” Selepas Tamat Pengajian


 

Baru-baru ini, sebuah kajian menunjukkan bahawa graduan baru di United Kingdom menolak pekerjaan berpendapatan tinggi, di mana ramai daripada mereka memilih untuk terus keluar daripada pasaran kerja.

Kajian yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat penyelidikan bernama High Fliers itu mendapati semakin kurang graduan yang ingin bekerja dalam bank pelaburan dan undang-undang komersial.

Kadar graduan baru yang memohon kerja dalam bank pelaburan dan kewangan menurun daripada 11.4% kepada 9.6%.

Sementara itu, jumlah pelajar universiti tahun akhir yang ingin kekal di tempat pengajian mereka untuk menyambung kursus pascasiswazah pula telah meningkat sebanyak 26% – iaitu peningkatan pertama dalam tempoh 7 tahun.

Kajian ini didedahkan seminggu selepas Institute of Fiscal Studies (IFS) menerbitkan laporan yang menunjukkan bahawa segelintir graduan akan meninggalkan unviersiti dengan hutang sebanyak £57,000 (RM 316,500).

Jumlah graduan yang tidak mempunyai perancangan selepas universiti juga telah meningkat, dengan 1 daripada 8 pelajar tahun akhir kini bercadang untuk “berehat” atau pergi melancong selepas menamatkan pengajian mereka.

High Fliers mengadakan temubual secara langsung dengan 20,000 orang graduan daripada 30 universiti utama, termasuk Oxford, Cambridge dan Durham.

“Keputusan ini menunjukkan bahawa ‘kelas 2017’ boleh dibahagikan kepada dua kumpulan berbeza.

“Bagi mereka yang menuju ke pasaran kerja graduan, mereka adalah dalam kalangan golongan yang paling teratur, fokus dalam pekerjaan dan bercita-cita tinggi dalam generasi mereka.

“Tetapi, terdapat juga petanda bahawa ramai grafuan pada tahun ini yang memilih untuk keluar daripada pasaran kerja, dengan peningkatan permohonan kursus pascasiswazah dan lebih ramai pelajar yang tidak pasti tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya,” menurut laporan itu.

Selain itu, kajian tersebut turut mendapati bahawa keyakinan terhadap pasaran kerja graduan telah merudum buat pertama kali dalam masa 5 tahun.

Hampir 75% responden mempercayai bahawa pekerjaan akan semakin berkurangan bagi mereka yang meninggalkan universiti pada musim panas ini disebabkan undian Brexit pada tahun lepas.

Sumber: Telegraph UK
Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.