#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


‘Pulau Hanya Boleh Dikunjungi Lelaki’ Sebagai Tapak Warisan UNESCO


 

‘Pulau Lelaki’ Okinoshima-Sebuah Tradisi Lama

Okinoshima telah sekian lama dijaga oleh seorang paderi Shinto yang berdoa kepada dewi pulau itu. Ia merupakan tradisi yang telah diamalkan selama berabad-abad.

Bilangan individu yang dibenarkan mendarat di pulau  di Laut Jepun (Laut Timur)  tersebut adalah terhad, untuk  tahun ini seramai  200 orang – untuk sebuah perayaan tahunan yang berlangsung hanya selama dua jam, namun mereka mesti mematuhi peraturan yang ketat.

Antaranya, mereka mestilah lelaki, namun mereka perlu menanggalkan pakaian dan berendam di lautan sebelum dibenarkan menjejakkan kaki ke kuil suci tersebut.

Oleh kerana pelawat lelaki mesti mandi berbogel di laut sebelum melawat kuilnya, golongan wanita dilarang ke pulau ini

Sering kali apabila sebuah tempat tersenarai sebagai lokasi Warisan Dunia Unesco, bilangan pelancong ke tempat itu terus melonjak naik. Hal ini menyebabkan kakitangan kuil itu berkata mereka kini mempertimbangkan untuk melarang kedatangan pelawat pada masa hadapan kecuali para paderi Shinto kerana mereka takut pulau itu bekal musnah akibat terlalu ramai pengunjung.

“Pulau ini dikatakan telah lama menghalang kedatangan wanita, namun begitu mereka sebenarnya boleh menghalang sesiapa sahaja kecuali paderi Shinto  yang beribadah di sana selama 365 hari setahun,” kata seorang jurucakap.

Seorang paderi Shinto menjalankan upacara keagamaan di Kuil Okitsugu Munakata  Taisha di Pulau Okinoshima

Halangan kedatangan pelawat wanita ke sana  “tidak ada kaitan dengan diskriminasi terhadap wanita,” kata jurucakap itu.

Mereka fikir berbahaya bagi wanita untuk mengembara melalui  laut untuk sampai ke pulau tersebut  malah kuil itu tidak akan mengubah peraturan yang sudah beratus tahun diamalkan, katanya. “Ia bertujuan untuk melindungi wanita, jantina yang melahirkan,” katanya.

Pulau tersebut yang terletak di barat laut pantai Kyushu, merupakan lokasi penting untuk perdagangan Jepun dengan pihak asing sejak zaman purba, membentuk sebahagian daripada laluan perdagangan yang menghubungkan kepulauan itu dengan Semenanjung Korea dan China.

Okinoshima merupakan kediaman bagi artifak-artifak berharga termasuk cermin kuprum yang datang dari zaman Dinasti Tang, China

Beribu-ribu cincin emas dan barangan berharga lain telah dijumpai di sana. “Harta karun ini dipercayai merupakan pemberian oleh pelayar-pelayar kepada dewa-dewi apabila mereka berdoa untuk kemakmuran negara dan keselamatan pelayaran di laut,” tulis laman web milik kuil yang memiliki Okinoshima.

Tapak-Tapak Warisan Dunia UNESCO

Jawatankuasa warisan Unesco telah menimbangkan  33 lokasi untuk status berprestij itu  di perhimpunan tahunannya di Poland.

Pada Ahad lalu  badan ini juga  menyenaraikan dermaga Valongo di Rio de Janeiro sebagai salah sebuah tapak warisan dunia, kerana di sinilah hamba dari Afrika mula-mula tiba di Brazil.

Senarai Warisan Dunia UNESCO terdiri daripada lebih 1,000 tapak, monumen dan fenomena alam semulajadi  yang mempunyai “nilai sejagat yang luar biasa” kepada manusia. Ia termasuklah khazanah seperti Terumbu Karang Besar Australia, Taj Mahal di India, dan bandar Petra yang dibuat daripada batu di Jordan.

Sumber: The Sun & CNN

 

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.