#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Robot Akan Dominasi 15 Juta Pekerjaan Di UK


 

Robot dan kecerdasan buatan (artificial Intelligence) akan mengurangkan mobiliti sosial di United Kingdom.

Menurut ketua eksekutif badan kebajikan pendidikan Sutton Trust, Lee Elliot Major, kebangkitan robotik akan menjejaskan peluang manusia untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang.

“Apa yang kami risau adalah mereka yang mengambil pekerjaan para profesional – pekerjaan yang menjadi batu loncatan untuk mereka yang ingin menaiki tangga sosial,” katanya.

Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri mereka daripada tahap yang rendah kepada tahap yang lebih baik.

Berdasarkan sebuah laporan, Sutton Trust menyatakan bahawa hanya 29% orang mempercayai bahawa golongan belia akan mempunyai kehidupan lebih berkualiti berbanding ibu bapa mereka.

Pada tahun 2003, angka tersebut mencatatkan rekod yang lebih tinggi, iaitu 42%.

Selain itu, laporan itu turut mendapati bahawa sebanyak 15 juta pekerjaan di UK “boleh hilang akibat gangguan teknologi.”

“Tiada sesiapa yang pernah menghadapinya sebelum ini. Tidak seperti revolusi industri sebelum ini yang mencipta peluang pekerjaan, masalah Revolusi Industri 4.0 adalah ia hanya mengurangkan lagi peluang itu,” kata Tony Burke, penolong setiausaha pembuatan Union Unite.

Beliau berkata, masalah yang dihadapi pada masa kini adalah kerajaan tidak mempunyai strategi mengenai bagaimana untuk menguruskan isu ini.

Seorang jurucakap daripada Jabatan Perniagaan, Tenaga dan Strategi Industri, kerajaan UK telah meminta satu kumpulan pakar industri yang diketuai oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemes, Juergen Maier untuk melihat cabaran dan peluang dalam bidang teknologi digital dan automasi.

“Penyemakan ini akan mempertimbang bagaimana kita boleh bekerjasama dengan syarikat perniagaan untuk memastikan manfaat teknologi boleh dirasai dalam sektor berlainan ekonomi, dengan mewujudkan pekerjaan baru, seronok dan bayaran gaji memuaskan di seluruh negara,” katanya.

Sumber: Sky News

 

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.