#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Pengunaan ‘Patch’ Bakal Menggantikan Suntikan?


 

VAKSIN yang diberi melalui tampalan (patch) pakai buang serta tidak menyakitkan akan dapat menghapuskan keperluan untuk pengunaan jarum dan picagari, kata para penyelidik Rabu lalu, selepas ujian awal selesai dilakukan.

Jarum Kecil Boleh Larut Pada Tampalan

Dilengkapi dengan jarum mikro, tampalan yang dilengkapi vaksin terhadap selesema berkesan seperti pemberian suntikan, lapor jurnal perubatan The Lancet.

Tampalan yang terdapat sebilangan jarum kecil padanya sedang ditampalkan pada kulit seseorang

“Tampalan yang bersaiz seperti plaster  serta mempunyai  jarum boleh larut  ini boleh mengubah cara orang ramai  mendapatkan vaksin,” kata Roderic Pettigrew, pengarah Institut Pengimejan Biomedikal dan Biokejuruteraan Kebangsaan, yang membiayai kajian itu.

Teknologi baru ini boleh dipakai sendiri tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk, menjadikannya lebih murah daripada vaksin tradisional.

“Ia bakal digunakan untuk pelbagai vaksin lain pada masa akan datang,” tambah Pettigrew.

Seratus jarum kecil – cukup panjang untuk menembusi kulit – tertanam di dalam setiap tampalan dan akan larut dalam beberapa minit apabila terkena lembapan dari badan.

Pelekat yang ada pada tampalan melekatkan ia pada kulit semasa vaksin dilepaskan, ia  boleh ditanggalkan dan dibuang selepas 20 minit.

Dalam fasa percubaan klinikal, penyelidik dari Universiti Emory di Georgia dan Institut Teknologi Georgia membahagikan 100 individu dewasa secara rawak kepada empat kumpulan.

Tiga kumpulan menerima tampalan jarum mikro: satu kumpulan diberikan oleh pembekal penjagaan kesihatan; satu kumpulan mereka tampal sendiri ; kumpulan yang ketiga – disampaikan oleh seorang jururawat – tampalan palsu tanpa bahan aktif.

Kumpulan keempat menerima suntikan  untuk selesema secara tradisional.

Kesemua vaksin selsema yang aktif berfungsi dengan baik untuk sekurang-kurangnya enam bulan, tidak kira  ia diberi oleh golongan perubatan profesional atau pesakit itu sendiri, ataupun diberi  secara tampalan atau suntikan tradisional.

Kos Tampalan Lebih Murah daripada Suntikan

Kos pengeluaran bagi tampalan dijangka hampir sama dengan vaksin yang diisi dalam picagari.

Disebabkan vaksin tersebut stabil (ia boleh disimpan selama setahun pada suhu 40°C, tidak perlu disimpan dalam peti ais), ia boleh dihantar melalui pos serta  boleh dipakai sendiri, kosnya menjadi lebih murah daripada vaksin tradisional.

“Harga yang lebih murah boleh meningkatkan liputan penyebaran vaksin yang sedia ada,” kata penulis utama Nadine Rouphael, profesor bersekutu di Emory. “Penemuan kami  perlu disahkan menggunakan ujian yang lebih besar”.

Mark Prausnitz, seorang profesor di Institut Teknologi Georgia, mengetuai reka bentuk tampalan bersaiz seperti duit syiling itu, dan merupakan pengasas bersama syarikat yang memberi lesen terhadap penggunaan teknologi itu.

Walaupun terdapat  cadangan untuk memberi vaksin secara global, kurang daripada separuh penduduk di Amerika Syarikat kini mendapat suntikan vaksin untuk selsema. Influenza membunuh kira-kira 48,000 orang di Amerika Syarikat setiap tahun.

Sumber: The Sun

Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.