#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Kedai Serbaneka Layan Diri


 

Perkembangan teknologi semakin meningkat pada kadar yang cepat. Ini terbukti apabila Wheelys, satu startup yang bermula dari all-in-one kafe berbasikal membuka kedainya tanpa menggunakan penjual di Shanghai pada tahun lepas.

Dengan kedai 24 jam ini, pelanggan boleh membeli coklat, rokok ataupun keropok pada bila-bila masa sahaja, pagi mahupun malam.

“Kami telah fikirkan cara yang lebih inovatif, berkesan dan lebih murah untuk orang ramai memulakan kafe atau kedai runcit,” kata pengasas Wheelys dan Ketua Pegawai Eksekutif, Maria De La Croix.

Idea ini adalah penambahan daripada Wheelys yang mula perniagaannya daripada kedai kopi berbasikal mudah alih yang membenarkan pembeli mengunakan kemudahan telefon bimbit untuk membuat pembelian. Ini juga memanfaatkan pengurusan inventori yang menggunakan persian yang dibina khas untuk pemilik kafenya.

Syarikat itu menjana keuntungan untuk Wheelys Cafés bukan hanya melalui penjualan perisian mereka, tetapi dengan memastikan usahawan basikalnya dipenuhi dengan barang-barang untuk dijual.

Oleh sebab Wheelys menyimpan semua item yang dijual melalui aplikasi mudah alihnya, senang pemilik kafe basikalnya untuk mengisi kembali barang-barang.

Teknologi yang sama akan digunakan untuk kedai tanpa penjual itu.

Digelar Wheelys 247, kedai terbaharu ini disambungkan kepada aplikasi mudah alih.

Pelanggan akan mengimbas dan membeli barangan.

Manakala langkah untuk menghalang kecurian, anda perlu menggunakan aplikasinya untuk masuk ke kedai. Dan di dalamnya pula dilengkapi dengan kamera CCTV untuk lihat pelanggan yang berada di dalam.

Akibatnya, kedai itu tidak akan memerlukan sesiapa untuk menjaga kewangan walaupun ia memerlukan seseorang untuk kadang-kadang mengisi kembali barangan.

Sudah tentu, Wheelys bukan satu-satunya syarikat yang menggunakan teknologi ini.

Amazon, syarikat terkenal Amerika, sedang menguji kedainya di Seattle yang dipanggil Amazon Go.

Tetapi Wheelys adalah di antara yang pertama untuk melakukannya dan lokasi Wheelys di Shanghai bukan kedai pertama yang dilancarkan.

Pada awal tahun lepas, ia menubuhkan kedainya di sebuah bandar kecil di Sweden.

Dengan pejabat di Sweden dan Shanghai, Wheelys mampu menguji persekitaran yang berlainan – sama ada kawasan luar bandar atau lokasi di bandar yang padat penduduknya.

“Saya percaya lima hingga 10 tahun, semua kedai akan kelihatan seperti ini,” kata De La Croix.

Konsep ini juga digunakan oleh BingoBox yang telah dibuka di Shanghai selepas menguji sistemnya di Guangdong.

Kedai keduanya dibuka di Shanghai juga dengan kerjasama pemilik francais Taiwan RT-Mart.

Model perniagaan bergantung kepada campuran teknologi telefon bimbit, perisian pengenalan muka, dan akauntabiliti diri sendiri.

Pelanggan mesti terlebih dahulu mendaftar dengan syarikat menggunakan identiti sebenar mereka.

Setelah diluluskan, mereka boleh masuk dengan menggunakan kamera telefon bimbit mereka untuk mengimbas kod QR di pintu.

Apabila di dalam, mereka boleh memilih item yang mereka mahu dan mengimbasnya di kaunter dan membayar sama ada melalui WeChat atau Alipay.

Satu kamera akan mengimbas pelanggan semasa keluar dan sesiapa yang membawa barangan yang mereka tidak bayar akan direkodkan dalam data.

Kini terdapat lapan cawangan di Shanghai dan Guangdong yang menawarkan makanan ringan dan keperluan harian pada harga 5 peratus lebih rendah daripada kedai serbaneka tradisional, kata Wang Ying, Naib Presiden pemasaran BingoBox.

Alibaba, syarikat dagang dalam talian terbesar di China, akan melancarkan kedai layan diri Tao Cafe miliknya di wilayah Hangzhou, Zhejiang, manakala kedai runcit terkenal, Wahaha, berjanji untuk membuka 100,000 kedai serbaneka layan diri dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sumber: TechCrunch, SCMP
Please follow and like us:
20

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.