FesyenGaya Hidup

Konsep ‘Share-Wear’ Miliki Potensi Besar Dalam Industri Fesyen Malaysia

Adakah anda ingin mempunyai akses yang tidak terhad kepada pakaian dari jenama yang berbeza? Konsep menyewa pakaian yang siap pakai bukanlah sesuatu yang banaru tetapi masih dalam peringkat awal di Malaysia.

Zarrel Sdn Bhd menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang berbeza dan menyumbang kepada penambahbaikan industri fesyen.

Pengasas bersama Zarrel, Ong Sue Jinn mula berminat dalam perniagaan ini ketika melancong ke Bangkok. Setelah mempelajari bagaimana industri fesyen ini berfungsi dan melihat potensinya di Malaysia, Sue Jinn tekad untuk memulakan bisnesnya.

Zarrel secara rasminya tertubuh pada Jun tahun lalu selepas Sue Jinn meneliti konsep yang sama di Amerika Syarikat dan Jepun, dan mengkaji kebolehpasaran bidang ini.

Zarrel membolehkan wanita mempunyai akses tanpa batas kepada pakaian sedia pakai. Dengan Zarrel, anda boleh menggayakan semua pakaian dari pereka tersohor tanpa perlu menyimpannya.

Anda boleh menukar pakaian setiap kali anda suka untuk kelihatan berbeza, semuanya hanya dengan bayaran sewa bulanan yang berpatutan.

Caranya amat mudah. Pelanggan boleh memilih sehingga sembilan helai pakaian dalam talian dan tiga helai pakaian pertama akan dihantar kepada anda dalam masa beberapa hari.

Anda boleh memakai pakaian itu sekerap yang anda mahu. Apabila anda ingin menukar gaya, kembalikan baju itu dan anda akan menerima tiga helai lagi pakaian dari pilihan anda.

Selagi anda menjadi pelanggan, tempoh sewaan terpulang kepada anda. Sekiranya anda ingin menyimpan baju tersebut, Zarrel membolehkan anda membelinya pada kadar diskaun serendah 70% kurang daripada harga asal.

Zarrel melakukan penghantaran ke rumah dengan perkhidmatan mengambil dan menghantar pakaian tempahan.

Tiada bayaran penghantaran atau pengendalian yang dikenakan walaupun ketika pelanggan mengembalikan pakaian.

Pakaian sentiasa dibersihkan dan dijaga dengan berhati-hati, malah pelanggan tidak perlu membersihkannya sebelum pemulangan.

Zarrel berhasrat untuk menukar pengalaman membeli dengan menghantar pakaian kepada pelanggan dan mereka boleh memutuskan untuk membuat pembelian sekiranya berpuas hati.

Di samping itu, model perniagaan ini akan merapatkan jurang antara peruncit dan pelanggan sekaligus menjangkau lebih ramai sasaran.

Setakat ini, Zarrel bekerjasama dengan enam jenama yang membekalkan kira-kira 300 item dan empat jenama lagi bakal menyusul.

Zarrel berharap mereka dapat memiliki 2,000 helai pakaian pada akhir tahun ini, dengan lebih banyak label dan jenama pereka tersohor termasuk tempatan dan antarabangsa.

Laman web Zarrel telah beroperasi sejak Mac lalu, dengan jumlah pelanggan yang terus berkembang. Terdapat rancangan untuk memperluaskan perkhidmatannya kepada pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang September.

Yuran langganan kini pada kadar pengenalan sebanyak RM168 sebulan sehingga akhir tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.zarrel.com.my

 

Sumber: Thestar

Show More

Related Articles

Back to top button