Bisnes & Ekonomi

5 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Graduan Baru

Jangan tunggu untuk mula menguruskan kewangan anda. Untuk anak muda, ianya tidak pernah terlalu awal untuk anda mula berfikir tentang menguruskan kewangan tidak kira betapa sukar untuk melakukannya.

Untuk membantu graduan baru mempunyai masa depan yang lebih cerah, pakar pengurusan kewangan berkongsi 5 petua ini:

  1. Belajar sediakan bajet

Untuk bermula, graduan baru perlu mempunyai bajet bulanan. Rangkumkan semua perbelanjaan tetap seperti sewa, insurans, telefon dan kira jumlah semuanya. Baki yang lebih daripada perbelanjaan ini, adalah yang akan digunakan untuk perbelanjaan harian dan simpanan.

  1. Elakkan makan di luar

Jangan remehkan perbelanjaan makan terutamanya bila anda makan di luar. Walaupun anda makan makanan segera, ia boleh meningkatkan perbelanjaan. Membawa makan tengah hari dan makan di rumah beberapa kali seminggu akan membuat perbezaan yang besar. Malah, jika anda bekalkan makan tengah hari anda tiga kali seminggu dan melabur simpanan anda, anda boleh menyimpan lebih banyak lagi!

  1. Elakkan membayar sewa mahal

Kos sewa rumah semakin melambung. Perlu diingat bahawa sewa anda tidak boleh melebihi 30 peratus daripada pendapatan bulanan anda. Pertimbangkan untuk mengambil rakan sebilik untuk membahagikan kos sewa rumah. Atau tinggal bersama ibu bapa anda sekurang-kurangnya sehingga anda menjelaskan hutang belajar anda.

  1. Simpan dana kecemasan

Menyimpan dana kecemasan harus menjadi keutamaan yang tinggi. Perbelanjaan berlebihan berlaku sepanjang masa. Tetapi jika anda mempunyai simpanan, perbelanjaan yang berlebihan tidak akan menjejaskan anda. Daripada menghabiskan akaun simpanan jangka panjang atau berhutang, anda boleh menggunakan dana kecemasan saat diperlukan. Simpanan dana kecemasan perlulah bernilai enam bulan perbelanjaan.

  1. Jana pendapatan sampingan

Menjana pendapatan tambahan dapat mengekalkan kemahiran sampingan anda. Sebagai contoh, graduan yang bekerja di industri kewangan, tetapi meminati bidang penulisan, boleh menjadi penulis bebas. Ia akan mewujudkan keseimbangan yang diperlukan untuk mengejar minat dan membuat wang untuk membayar sewa, pinjaman belajar dan perbelanjaan lain.

 

Sumber: readersdigest

Show More

Related Articles

Back to top button