#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Sumber Air Tercemar Dijadikan Aiskrim?


 

Tiga orang pelajar seni Universiti Kebangsaan Taiwan seni telah mencipta 100 batang loli ais dibuat daripada air tercemar dari tasik, sungai, pantai dan pelabuhan di Taiwan untuk memberi kesedaran tentang masalah pencemaran air. Loli ais daripada sumber air tercemar ini mengandungi  sampel kumbahan. Ia  dibeku dahulu sebelum diawet di dalam poliester resin.

toodia_pollutedwater

Antara loli ais yang dipamerkan di Pameran Reka Cipta Generasi Baru di Pusat Dagangan Dunia Taiwan

Pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah masalah yang sedang dialami seluruh dunia dan air adalah salah satu bahagian yang paling terjejas. Dengan meniru trend makanan baru, pasukan itu telah membuat sebuah kenyataan yang kuat dengan menukarkan sesuatu yang buruk menjadi sesuatu yang indah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.

Setiap aiskrim mendedahkan kesan pencemaran terhadap air. Antara ‘perasa-perasa’ ais loli yang ada, adalah ais loli dengan plastik, logam, arsenik, raksa, dan bahan-bahan berbahaya yang lain. Projek ini menjana pelbagai pandangan bagi mereka yang melihatnya, antara bagaimana cantiknya ais loli ini dilihat, berapa teruknya rasa ais loli ini jika dimakan dan bagaimana ais loli ni boleh merosakkan alam sekitar.

Bagaimana ia dilakukan?

toodia_aiskrim

100 ais loli dengan pembungkusnya

 Hung dan pasukannya melawat 100 lokasi di seluruh Taiwan untuk mengumpul sisa-sisa. Mereka kemudian membekukan sampel-sampel itu, yang datang dengan dengan kotoran, serangga, dan sampah-sampah di dalam freezer, menjadikan mereka ais loli. Untuk mengawetkan ia, mereka saluti ais loli  tersebut dalam resin poliester.

100 keping ais loli itu  juga datang dengan bungkusan yang telah direka mereka. Ia telah dicalonkan untuk Anugerah Reka Cipta Pin Young dan ditonjolkan di dalam  Pameran Reka Cipta Generasi Baru Mei lalu di Pusat Dagangan Dunia Taipei. Anda boleh lihat lebih banyak rekaan  ais loli kreatif dan tidak boleh dimakan  ini di video di bawah.

Harapan Hung

Hung memberitahu Quartz  dia berharap projek ini akan meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran air. Pasukannya memilih untuk menggunakan popsicles sebagai motif kerana ia jernih dan biasanya ais loli menarik untuk dilihat .

 “Cantik kan ais loli ini, namun sanggupkah anda memakannya?” dia bertanya.

Sumber: Quartz, Bored Panda & Design Boom

Artikel Berkaitan