#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Bolehkah Ulat Ini Tamatkan Masalah Pencemaran Plastik?


 

Penyelidik berharap penemuan ulat pemakan plastik secara tidak sengaja satu hari nanti diharapkan boleh membawa kepada penyingkiran bahan buangan plastik.

Ulat pemakan plastik ini dikenali sebagai Galleria Mellonella, sejenis ulat  lilin yang digunakan sebagai umpan memancing ikan. Ulat ini juga dikenali sebagai pemusnah lebah yang menjadi parasit perosak yang bertelur dalam sarang lebah dan memakan lilin lebah.

Penemuan itu berlaku dengan tidak sengaja. Frederica Bertocchini, seorang penjaga lebah amatur, hairan selepas mendapati beg plastik yang berisi ulat lilin itu berlubang selepas dikeluarkan dari sarang lebahnya. Selepas kajian lanjut, Berthocchini mendapati bahawa lubang itu terhasil kerana dimakan ulat lilin tersebut.

Untuk kajian lanjut, penyelidik dari Institut Bioperubatan dan Bioteknologi Cantabria dan University of Cambridge mengumpulkan kira-kira 100 ekor ulat lilin dan mendedahkan mereka kepada beg plastik pasaraya.

Dalam masa 40 minit, lubang mula muncul. Selepas 12 jam, ulat lilin telah mengurangkan jisim beg plastik sebanyak 92 miligram.

Related image

Ramani Narayan, seorang penyelidik plastik buangan dari Michigan State University memberitahu bahawa menggunakan ulat lilin untuk kitar semula pada skala industri hanya mungkin menimbulkan masalah baru.

Plastik yang dimakan ulat lilin boleh mewujudkan serpihan kecil yang menyerap toksin seperti span, mengangkut toksin kepada rantaian makanan dan boleh menyebabkan kemudaratan kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.

Tetapi Bertocchini meyakinkan bahawa langkah yang bijak adalah dengan mencari enzim dalam sistem pencernaan yang digunakan untuk memecahkan plastik dari badan ulat lilin itu.

Jika saintis boleh mengasingkan enzim itu, ia boleh digunakan sebagai rawatan di tapak pelupusan yang pasti akan menjadi lebih mudah daripada berurusan dengan berjuta-juta ekor ulat.

 

 

Sumber: theverge.com

Artikel Berkaitan