#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Aplikasi Telefon Pintar Menjejaskan Kewangan Pengguna?


 

Survey yang telah dijalankan di Britain menunjukkan satu pertiga daripada peserta mengatakan aplikasi telefon pintar membuat mereka membelanjakan wang  pada setiap waktu dan ini menjejaskan kewangan mereka.

toodia_shoponline

Individu kini lebih mudah berbelanja melalui telefon pintar

Mereka mengatakan kemudahan itu membuatkan mereka membelanjakan lebih banyak atau tidak dapat menjejaki pergerakan wang mereka. Ini merupakan antara  hasil kajian Skim  Perkhidmatan Kewangan dan Pampasan (Financial Services Compensation Scheme, FSCS) di Britain.

Aplikasi Telefon Pintar  Menjadikan Perbelanjaan Lebih Mudah

Dua pertiga berkata aplikasi-aplikasi tersebut  membuat mereka lebih mudah berbelanja terutamanya  dari  tempat tidur,  sama ada ketika baru memulakan hari  atau ketika mahu tidur.

Satu laporan lain mencadangkan bahawa  teknologi suara dan pergerakan badan akan mengubah cara pengguna melakukan pembayaran.

toodia_shoppingaplikasi

The  Nationwide berkata bahawa kaji selidik mereka menunjukkan individu semakin selesa  dengan sistem pengesahan biometrik (ciri-ciri manusia) apabila membayar. Insitusi kewangan tersebut berkata, Ian Pearson, seorang pakar mengenai masa hadapan, mengatakan peringkat seterus kemudahan semakin menghampiri.

“Gabungan pengecaman suara dan pergerakan badan menerusi telefon pintar anda, sebagai contoh menunjuk ke arah seseorang dan berkata: ‘Di sini ada  £ 13.46’  sudah mencukupi untuk mencipta sebuah sistem pengenalan elektronik,” kata Dr Pearson.

‘Masa Untuk Berfikir’

Kajian yang dijalankan FSCS, mendapati golongan wanita biasanya menghabiskan £ 131 (RM 716.59) menerusi aplikasi dalam sebulan, manakala golongan lelaki menghabiskan £ 115 (RM 629.07) .

toodia_shopping

Aplikasi membeli belah kini  menjadi semakin mudah untuk digunakan menerusi telefon pintar

Didapati golongan lelaki lebih cenderung untuk berbelanja melalui aplikasi perjudian, pengembaraan, laman sosial, hiburan dan muzik, manakala golongan wanita lebih menggemari aplikasi makanan dan beli-belah.

Mark Oakes, ketua komunikasi di FSCS, berkata: “Kemampuan untuk membeli dengan hanya menyentuh  skrin, membuang masa yang  biasanya diperlukan untuk membuat keputusan jika ingin membeli sesuatu di kedai-kedai.

“Memerlukan disiplin untuk mengawal pergerakan wang anda, bukan sahaja dari segi perbelanjaan tetapi penyimpanan, namun begitu ia berbaloi untuk dilaksanakan. Wang yang disimpan sedikit demi sedikit setiap bulan tanpa disedari boleh jadi sumber wang simpanan yang stabil.”

Sumber: BBC

Artikel Berkaitan