#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Larangan Merokok Dikuat Kuasa di Perak


 

Bermula 1 Jun lalu, mana-mana perokok yang ditangkap di kesemua  50 taman awam Ipoh boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau hukuman dua tahun penjara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata pemeriksaan mengejut akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk menghalang perokok daripada merokok di kawasan-kawasan yang baru diwartakan.

Sebelum larangan itu dikuat kuasa, program kesedaran selama tiga bulan telah diadakan. Program itu menerima maklum balas positif daripada orang ramai dan pihak berkuasa kesihatan bersedia untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.

Melalui program itu juga, pihak kesihatan mendapati bahawa orang ramai menyokong larangan tersebut kerana mempunyai kesedaran tentang bahaya merokok. Untuk menjalankan penguatkuasaan secara berkesan, pemeriksaan mengejut akan dijalankan dan pesalah akan dikenakan kompaun RM5,000.

Image result for no smoking

Tujuan utama larangan dan penguatkuasaan tersebut bukan untuk menghukum perokok, tetapi untuk menyedarkan mereka tentang bahaya merokok dan bahaya asap rokok kepada penghidu sekaligus belajar untuk berhenti merokok.

Jika larangan itu berjalan lancar, lebih banyak zon bebas rokok akan diwartakan selain taman awam dan kawasan larangan merokok yang sedia ada.

Selain daripada taman-taman awam, kawasan larangan merokok lain adalah hentian terbuka pengangkutan awam, tempat makan berhawa dingin, tapak perkhemahan, gelanggang permainan, taman permainan, laluan pejalan kaki dan padang permainan.

Satu-satunya pengecualian kepada peraturan baru itu adalah kawasan letak kereta terbuka.

 

Sumber: thestar

Artikel Berkaitan