#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Baju Mesra Alam, Mampukah Fesyen Ini Selamatkan Alam Sekitar?


 

Bayangkan baju yang anda miliki boleh dibuang dan melalui proses biodegrasi. Apakah proses biodegrasi itu? Ia adalah proses di mana sesuatu objek melalui proses pemecahan bahan kimia atau penguraian dan direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma sekaligus meninggalkan tanah yang subur untuk membantu mengembangkan bahan-bahan mentah baru.

Rangkaian peruncit fesyen, C&A baru-baru ini melancarkan T-shirt mudah lupus pertama di Eropah dengan penghantaran 400,000 helai baju wanita terbiodegradasikan di seluruh Eropah dalam satu langkah untuk membuktikan bahawa fesyen yang mampan untuk pasaran global adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Baju-T yang boleh dibuang pada kompos iaitu bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja, sebelum ini sukar ditemui dalam rangkaian jenama terkenal dan terhad kepada jenama mampan sahaja.

Menurut Donald Brenninkmeijer,  ahli lembaga C&A, peruncit menyasarkan untuk beralih daripada model semasa fesyen pakai buang. Syarikat itu percaya bahawa rancangan untuk kitar semula dan penggunaan semula pakaian harus bermula di peringkat rekaan.

Related image

Baju mesra alam ini boleh dibuang dalam tong kompos untuk melalui proses biodegrasi

Baju-T terbiodegradasikan tersebut diperbuat daripada kain kapas organik dan menggunakan pewarna bukan toksik. Penggunaan tenaga dan penggunaan air juga telah dioptimumkan dengan tujuan menjaga kelestarian alam sekitar.

Walau bagaimana pun, Alexandra Perschau, pakar tekstil di organisasi perlindungan alam sekitar Greenpeace, sedikit kurang yakin dengan langkah ini. Berfikir tentang kitar semula dan menggunakan semula T-shirt dari awal adalah satu langkah ke arah yang betul.

Walaupun pakaian mesra alam, jika manusia terus membeli dalam kuantiti yang banyak, kita tidak membantu alam sekitar dengan cara yang besar.

Perschau melahirkan kebimbangan sama ada fesyen ini akan diterima baik oleh masyarakat terutama golongan muda belia yang lebih mementingkan gaya mereka daripada membantu memelihara kelestarian alam sekitar.

Sumber: thestar

Artikel Berkaitan