#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


iKook-Mesin Penyedia Nasi Ayam


 

Menurut peribahasa cina, lebih besar sebatang pokok, lebih baik ia boleh menangkap angin.

Asal-Usul Alson Teo

Alson Teo boleh membuktikan bahawa ada kebenaran disebalik peribahasa itu. Kira-kira 15 tahun yang lalu, dia mempunyai kedudukan yang kukuh di insitusi  katering  Singapura.

Teo menunjukkan hasil ayam yang dimasak oleh IKOOK

Ketika berusia 33 tahun, dia miliki Stamfles yang mengendalikan kira-kira 35 kantin syarikat menyediakan beribu-ribu makanan setiap hari, mempunyai seramai 500 orang pekerja dan menikmati perolehan tahunan lebih daripada S$ 20mil (RM62.3mil).

Keadaan berubah apabila Stamfles menjayakan sebuah urusan perniagaan dan mendapatkan sebuah kontrak dari sebuah syarikat multinasional besar.Hal ini mendorong pesaing antarabangsa besar mengambil tindakan undang-undang berasingan terhadap Teo dan lapan kakitangannya menuduh mereka melakukan pengintipan korporat dan mencuri rahsia perdagangan.

Hal ini mengambil masa lebih daripada tiga tahun dan beratus-ratus ribu dolar dari segi kos undang-undang untuk memperjuangkan kes ini. Mahkamah akhirnya berpihak kepadanya tetapi Teo telah membayar kos yang tinggi dalam menyelesaikan kes tersebut.

Sekarang berusia 48 tahun, usahawan itu terpaksa menjual syarikat yang dibinanya kepada kumpulan perkhidmatan makanan yang berpangkalan di Britain.

“Ramai orang tidak tahu tentang masalah undang-undang yang saya hadapi dan mengucapkan tahniah kepada saya atas jualan syarikat. Namun,  saya sebenarnya sedang bersedih di sebalik semua perkara yang telah berlaku, “katanya.

Pengalaman Pahit Jadi Dorongan

Namun begitu, kepahitan kejadian tersebut telah lama berlalu dan jika perkara itu tidak berlaku, mungkin ia tidak akan membawanya ke peringkat global pada masa kini iaitu iKook, mesin memasak ayam automatik pertama di dunia.

toodia_machinechicken2

Mesin iKook digunakan di restoran yang menghidangkan nasi ayam

Mesin  iKook

Alatan itu berkos S$1 juta (RM3.16mil) dan mengambil masa 10 tahun untuk dibangunkan. Ia boleh merebus, menggoreng kilas dan ‘sous vide’ ayam dan haiwan ternakan lain, dan membantu mengekalkan nutrien dan rasa.

Sous vide adalah kaedah memasak yang melibatkan makanan yang dibungkus secara vakum direndam di dalam air mengikut suhu yang tepat.

Mesin iKook boleh memasak 10 ekor burung dalam masa 40 minit dan dikenali ramai di sebuah restoran bernama Roost, restoran yang dibuka Teo di sebuah pusat beli-belah lima bulan yang lalu. Ia menghidangkan nasi ayam dan hidangan Asia Tenggara yang lain.

Teo kini dalam perbincangan untuk mengeksport kedua-dua iKook dan rangkaian kedai Roost kepada pengusaha makanan di enam negara, termasuk China, Australia dan Britain.

toodia_roost

Kedai makan ROOST milik Teo

Bab yang mendukacitakan dalam perjalanan keusahawanan beliau  telah mendorong Teo untuk memikirkan sebuah model perniagaan berskala baru, sesuatu yang tidak terlalu bergantung kepada kakitangan dan chef.

Inspirasi Mesin iKook

Semasa di New York pada tahun 2003, dia telah terjumpa sebuah kedai Krispy Kreme di Wall Street.

“Ia merupakan hari Ahad dan Wall Street pada ketika itu sangat tenang, kecuali gerai ini. Terdapat hanya dua orang kakitangan yang sedang melayan pelanggan. Saya meninjau ke dapur dan nampak sebuah mesin sedang menghasilkan donat-donat, “katanya mengimbas kembali kenangan tersebut.

Ia mencetuskan idea untuk menggunakan sistem automatik untuk mengantarabangsakan makanan Singapura. Apabila pulang ke Singapura, dia telah berbincang dengan mendiang chef terkenal, Toh Thian Ser, dan memujuk Toh untuk menyertai syarikatnya.

“Dia mengambil masa yang lama untuk diyakinkan namun saya memberitahunya saya mahu untuk menerapkan otaknya ke dalam mesin supaya ia boleh meniru kemahiran masakan beliau ke serata dunia. Saya juga mahu melakukannya dengan nasi ayam kerana ia adalah hidangan kebangsaan Singapura. “

toodia_chickenrice

Antara hidangan nasi ayam dihidangkan di Roost

Perbincangan dengan jurutera merupakan titik tolak iKook. Teo juga bekerja dengan pakar-pakar reka bentuk dan teknologi dari National University of Singapore dan juga Pusat Inovasi Sumber Makanan. Penghasilan prototaip pertama mengambil masa dua tahun.

“Chef Toh pada mulanya tidak percaya akan kebolehan mesin ini namun apabila dia melihat prototaip, dia mula benar-benar percaya akan projek tersebut. Dia mengusahakannya sehingga tahun 2006, sebelum beliau meninggal dunia akibat kanser. “

iKook telah melalui lima proses pengubahsuaian sebelum Teo akhirnya melancarkan mesin tersebut.

Apabila ditanya sama ada dia mahu lakaran hidupnya berbeza, dia menggeleng.

Katanya, semua perkara berlaku atas sebab-sebab tertentu. “Saya tidak akan mengubah satu perkara pun”.

Sumber:  Straits Times

Artikel Berkaitan