#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ikan Tanpa Muka Penemuan Aneh Terbaru di Laut Dalam


 

Saintis di Australia telah menemui “ikan tanpa muka”, spesies yang tidak pernah dilihat selama lebih daripada satu abad semasa ekspedisi laut dalam di luar pantai timur yang mencapai kedalaman 13,000 kaki.

Ikan tanpa muka dan makhluk pelik yang lain, merupakan spesies baru yang ditemui dari laut dalam di luar pantai Australia semasa pelayaran saintifik mengkaji bahagian lautan yang tidak pernah diterokai sebelum ini.

Ekspedisi selama sebulan tersebut telah mengkaji hidupan di dalam dasar laut yang gelap dan sejuk kira-kira empat kilometer di bawah permukaan menggunakan pukat, sonar dan kamera laut dalam.

Ketua saintis, Tim O’Hara dari Muzium Victoria berkata kawasan carian adalah persekitaran yang paling belum pernah diterokai di bumi.

Para penyelidik percaya bahawa ikan misteri berukuran 16 inci tersebut adalah jenis yang sama dengan spesies yang ditangkap semasa ekspedisi saintifik oleh sebuah kapal British di Laut Coral pada tahun 1870-an.

Image result for faceless fish

Ikan itu mempunyai mulut yang terletak di bawah kepalanya, tetapi  hidung dan matanya tidak dapat dikenal pasti. Ia kelihatan seperti tidak mempunyai muka apabila dilihat dari sisi.

Pelbagai jenis spesies luar biasa seperti ketam batu merah berduri, labah-labah laut buta dan belut laut dalam telah dikumpulkan sejak saintis memulakan ekspidisi pelayaran mereka dari Launceston di Tasmania ke arah utara Laut Coral pada 15 Mei lalu.

Pada tahap kedalaman itu, makhluk yang ditemui sering tidak mempunyai mata kerana kedaaan yang terlalu gelap. Spesies-spesies ini menghasilkan cahaya mereka sendiri melalui kaedah bioluminescence.

 

Sumber: thestar, telegraph.co

Artikel Berkaitan