#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


5 Tips Mudah Kurangkan Perbelanjaan di Bulan Ramadan


 

Bulan ramadan adalah bulan yang penting diantara bulan-bulan Islam. Selain daripada menjalankan kewajipan dalam ibadah, bulan Ramadan sepatutnya melatih umat Islam untuk hidup dengan lebih berjimat dan bersederhana.

Namun sebaliknya, dalam realiti Ramadan, ramai antara kita yang mengeluh tentang perbelanjaan yang meningkat. Duit belanja habis lebih banyak berbanding bulan biasa. Perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diatasi. Dengan panduan dan perancangan kewangan yang betul, berjimat di bulan Ramadan boleh dilakukan oleh semua.

Ini merupakan lima tips mudah yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan perbelanjaan di bulan yang mulia ini.

1.Memasak Sendiri di Rumah

Image result for cooking at home

Jika anda mempunyai keluarga yang besar, memasak sendiri sememangnya lebih memberi keuntungan berbanding membeli di luar. Bukan sahaja pelbagai juadah dapat disediakan, malahan kos berbelanja juga dapat dikurangkan. Makanan yang dimasak juga boleh disimpan untuk waktu sahur.

2.Berbelanja dengan Berhemat di Bazar

Image result for bazar ramadhan

Sekiranya anda mengunjungi bazar Ramadan, pastikan anda tidak berbelanja mengikut nafsu. Sediakan senarai makanan yang anda ingin dapatkan sebelum mengunjungi bazar untuk mengelakkan anda terbeli makanan yang tidak diingini sekaligus melakukan pembaziran.

3.Berkongsi dan Bertukar-tukar Juadah

Image result for sharing potluck

Anda boleh mengadakan perkongsian juadah secara ‘potluck’ ataupun pertukaran juadah sesama rakan atau jiran. Amalan ini sangat menyeronokkan kerana anda dapat menjamu pelbagai juadah setiap hari di samping mengeratkan ukhwah dan silaturahim.

4.Berbuka Puasa Di Surau atau Masjid

Related image

Setiap masjid menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Ia sangat sesuai untuk golongan pelajar atau bujang. Anda bukan sahaja dapat makan secara percuma, tetapi boleh memanfaatkan majlis berbuka dengan mengeratkan silaturrahin bersama ahli kariah di samping solat berjemaah bagi menggandakan pahala.

5.Dapatkan Diskaun Berbuka Puasa

Image result for buffet iftar

Sekiranya anda gemar akan bufet berbuka puasa, anda boleh mendapatkan harga promosi yang lebih murah daripada harga sebenar dengan menggunakan kupon diskaun “early bird” ataupun diskaun “online” daripada laman diskaun. Anda juga perlu peka kepada hotel dan restoran yang memberikan diskaun istimewa kepada pemegang kad kredit atau kad debit.

Sumber: astroawani

Artikel Berkaitan