#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Jenis-Jenis Pakaian Formal Yang Perlu Diketahui Lelaki


 

Pakaian formal kurang digayakan oleh lelaki kerana gaya ini dikenakan pada acara tertentu sahaja. Terdapat beberapa jenis kod pakaian rasmi dan kod-kod ini boleh menjadi tidak jelas dan mengelirukan buat sesetengah lelaki. Untuk mengelakkan anda tersalah memakai pakaian formal, setiap lelaki harus tahu membezakan jenis-jenisnya.

Ini adalah jenis-jenis kod pakaian rasmi mengikut acara yang perlu diketahui oleh setiap lelaki.

White Tie

      Image result for white tie

White Tie adalah gaya yang paling formal dalam jenis kod pakaian rasmi. Biasanya dikhaskan untuk acara berprofil tinggi. Potongan kot White Tie sedikit berbeza dimana ia lebih pendek di hadapan dengan ekor yang lebih panjang di belakang. Seluarnya berperincian satin tetapi kemejanya mempunyai potongan kolar yang lebih tinggi, membolehkan ‘bowtie’ putih kelihatan lebih menonjol. Gaya ini biasanya dilengkapkan bersama kasut kulit berkilat.

Black Tie

           Related image

Black Tie adalah gaya yang paling biasa dilihat dalam pakaian rasmi. Pakaian jenis ini biasanya dikhaskan untuk acara-acara formal seperti majlis perkahwinan atau malam gala. Gaya Black Tie  lebih kurang sama dengan White Tie tetapi yang paling mudah adalah kot potongan biasa dan seluar satin yang ketara.

Black Tie Pilihan

         Image result for mens black tie optional

Black Tie Pilihan digayakan dalam acara yang masih formal dengan peraturan pakaian yang lebih santai tetapi tali leher dan kasut hitam berkilat anda masih perlu dipakai. Aksesori boleh digunakan untuk menyatakan gaya peribadi. Selain ‘bowtie’, anda boleh memilih untuk mengenakan tali leher bercorak. Kod pakaian formal sebegini biasa dipakai untuk majlis perkahwinan, acara-acara yang bergaya, makan malam formal, dan malam Gala.

Black Tie Kreatif

       Image result for black tie optional men

Black Tie Kreatif adalah peluang untuk mempamerkan gaya peribadi anda dari segi warna, aksesori, kolar kemeja dan gaya lipatan kot. Anda boleh memilih untuk memakai tuksedo berpotongan langsing dalam warna yang gelap seperti biru tua atau merah hati. Kot dan kasut berwarna atau tali leher berwarna terang adalah sesuai untuk pakaian ini. Walaupun kod pakaian ini menawarkan fleksibiliti, anda masih lagi perlu menghormati suasana formal majlis tersebut.

Lounge

        Related image

Kod pakaian Lounge dipakai dalam acara yang masih mengekalkan formaliti di samping membenarkan padanan warna dan pilihan lain ke dalam gaya anda. Tuksedo tidak perlu digunakan dalam kod pakaian ini dan anda juga boleh mengenakan T-shirt. Pakaian berwarna gelap dan neutral seperti hitam klasik, biru, atau kelabu adalah disyorkan. Kasut berkilat tidak perlu dan kedua-dua kasut hitam dan coklat boleh digunakan. Kategori ini boleh dipakai ketika parti formal atau makan malam perniagaan.

 

Sumber: www.ties.com, theidleman.com

Artikel Berkaitan