#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Hentikan Bermesej Ketika Memandu!


 

Hanya jika semua kereta kita dilengkapi dengan teknologi heads-up (teknologi pemantauan tanpa perlu mengalih pandangan) atau kebolehan pantulan, penggunaan telefon bimbit akan menjadi punca kematian ramai pengguna jalan raya.

toodia.my

Teknologi heads-up

Saintis telah memberi amaran kepada kita tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit untuk jangka masa lama, namun terdapat bahaya yang jelas apabila telefon bimbit yang sentiasa di sisi menjadi tarikan perhatian yang tidak perlu ketika memandu.

Penggunaan Telefon Bimbit Berleluasa Dalam Kalangan Pengguna Jalan Raya

Kini, bermesej semasa memandu merupakan pemandangan yang biasa dilihat di jalan raya.

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu telah lama dilaporkan sebagai berbahaya. Kajian di Britain dan Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit menjadi punca bagi satu antara empat kemalangan kereta. Sebanyak 25% daripada semua kemalangan adalah disebabkan pengunaan telefon bimbit.

Di Malaysia juga terdapat banyak kemalangan yang berpunca daripada penggunaan telefon bimbit. Namun tiada statistik yang menunjukkan kejadian kemalangan berkaitan telefon bimbit di jalan raya Malaysia, kerana selalunya jenis kemalangan sebegini tidak dilaporkan.

Apa yang kita tahu adalah bahawa secara purata, pada setiap hari terdapat 20 orang maut di jalan raya Malaysia! Tahun lalu terdapat  7,152 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Malaysia, ini adalah peningkatan sebanyak kira-kira 450 kematian berbanding 2015. Tetapi tidak diketahui berapa ramai daripada kematian ini dikaitkan dengan penggunaan telefon bimbit.

Jika anda sebagai pemandu yang sedang fokus membawa kereta tiba-tiba kereta di hadapan anda seperti tidak tentu arah ataupun membawa kenderaan dengan perlahan daripada biasa di tengah-tengah jalan, pasti mereka ini sama ada asyik berbual ataupun menggunakan telefon bimbit.

Apa yang bahaya ialah apabila anda menggunakan telefon untuk membaca dan membalas mesej kerana adakalanya apabila anda mengalih perhatian walaupun hanya beberapa saat, kemalangan boleh terjadi.

Lebih Selamat Menggunakan Alat Hands-Free?

Walaupun terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa penggunaan hands-free adalah lebih selamat daripada meletakkan telefon ke telinga anda. Namun begitu, terdapat juga masa-masa kita mencapai telefon hanya untuk membaca atau menghantar mesej.

Pengunaan hands-free tidak dapat menjamin pengguna tidak akan memegang telefon bimbit semasa memandu

Realitinya, telefon bimbit adalah gangguan terhadap fizikal dan visual – fizikal kerana anda menggunakan tangan untuk memegang telefon, dan ini meningkatkan risiko kemalangan apabila anda sedang memandu. Ia juga merupakan gangguan visual kerana walaupun anda hanya mengalihkan perhatian seketika daripada jalan, tindakan ini meletakkan anda dan pemilik kenderaan lain dalam bahaya.

Penguatkuasaan Sedia Ada Kurang Berkesan? 

Pihak polis diberi kuasa untuk mendenda pemandu untuk penggunaan peranti mudah alih semasa memandu sebanyak RM300. Rasanya ini bukannya penghalang yang berkesan kerana saman untuk pemanduan melebihi had laju akan membuatkan anda didenda jumlah yang sama, walaupun boleh dikatakan penggunaan telefon semasa memandu menimbulkan risiko yang lebih besar berbanding memandu laju.

Tidak diketahui berapa banyak kemalangan di Malaysia adalah disebabkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu

Pada  malam sebelum Tahun Baru Cina berpuluh-puluh ribu pengguna jalan raya akan membanjiri lebuh raya dan jalan raya dalam perjalanan pulang ke kampung. Dengan anggaran terdapat sebanyak 1.6 juta kenderaan yang akan menggunakan lebuh raya ini semasa musim perayaan, pihak berkuasa selalunya sudah bersedia untuk menghadapi peningkatan bilangan kemalangan jalan raya.

Manakala syarikat konsesi lebuh raya dengan pantas telah menghantar nasihat berguna seperti apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika memandu dalam hujan atau mengikut masa-masa memandu yang luar biasa, ia namun begitu tiada satu pihakpun mengeluarkan amaran mengenai penggunaan telefon bimbit.

Antara penyebab terbesar berlakunya kemalangan adalah pemandu bas ekspres yang menggunakan telefon bimbit mereka ketika memandu, tidak sedar bahawa mereka meletakkan nyawa penumpang dan juga pengguna jalan raya lain dalam bahaya.

Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Memandu

Mungkin penyelesaian terbaik adalah larangan penggunaan telefon bimbit secara menyeluruh semasa memandu. Amerika Syarikat telahpun mula memperkenalkan undang-undang bagi perkara ini.  12 buah negeri termasuk Washington DC telah pun melaksanakan larangan ini.

Mungkin lambat lagi larangan seperti ini dilaksanakan di Malaysia, kerana tidak terdapat  satu kajian pun mengenai penggunaan telefon mudah alih dan kesannya terhadap kemalangan jalan raya.

Sumber : The Star

Artikel Berkaitan