#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


OKU: Cacat Penglihatan Bukan Penghalang


 

Meskipun tidak dianugerahkan nikmat untuk melihat, ia tidak menjadi penghalang kepada individu orang kurang upaya (OKU) untuk menjalankan tugasan harian seperti orang lain sekiranya mempunyai kemudahan-kemudahan khas.

Ahmad Qusairi Mat Zizi, 33, yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Darul Quran Kuala Kubu Bharu, dapat menjalankan tugasnya dengan lancar dan sempurna kerana mendapat kemudahan-kemudahan yang mesra OKU.

Beliau berkata, menerbitkan bahan cetakan Braille bagi proses pembelajaran dan pengajaran bagi bahagian diploma tahfiz merupakan rutin hariannya di institusi tersebut.

Menurut Ahmad Qusairi, rakan sekerjanya banyak memberikan bantuan serta sokongan dalam menyiapkan kerja yang telah diamanahkan untuk beliau.

Sehubungan itu, sokongan yang diterima itu juga menghilangkan rasa kekoknya untuk bergaul bersama rakan sekerja.

Ahmad Qusairi Mat Zizi membaca al-Quran dengan menggunakan al-Quran eBraille selepas pelancarannya pada tahun 2015 – Sumber: www.utusan.com.my

“Walaupun buta, tapi saya tidak mempunyai masalah untuk bekerja,” katanya.

Di samping itu, beliau menambah bahawa banyak kemudahan telah dinaik taraf oleh majikan dari semasa ke semasa dan antaranya adalah memperkenalkan mesin pencetak Braille dan perisian suara untuk komputer.

Memetik laporan Harian Metro, Ahmad Qusairi turut menyatakan bahawa tandas khas untuk OKU juga disediakan oleh institut tersebut.

“Sebenarnya OKU seperti kami boleh bekerja seperti orang normal lain, tidak semestinya harus bekerja sebagai penjual tisu atau tukang urut semata-mata,” kata beliau.

Ujarnya lagi, masih ramai majikan yang tidak mempercayai kebolehan golongan OKU terutamanya yang cacat penglihatan.

Perkara ini menyebabkan mereka selalu ditolak, lalu mengehadkan pergaulan mereka bersama masyarakat.

Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998