#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Artis Bollywood Kuasai Karpet Merah Cannes 2017


 

Penganjuran Festival Filem Cannes telah pun memasuki edisi ke- 70 pada tahun ini. Festival ini bukan sahaja memberi peluang untuk persembahan industri filem tetapi turut menjadi platform untuk selebriti terkenal dari seluruh dunia memperagakan fesyen mereka di acara karpet merah.

Tahun ini, ramai artis Bollywood dilihat menghadiri acara 11 hari itu dengan fesyen dan gaya yang cukup memukau. Tidak dinafikan, fesyen yang digayakan pelakon-pelakon wanita dari India ini berjaya menarik perhatian dunia.

Ini adalah gaya penampilan yang paling luar biasa daripada artis Bollywood di karpet merah Festival Filem Cannes 2017.

Deepika Padukone

                 Image result for deepika padukone cannes 2017

Pada majlis perasmian dan hari pertama di Cannes, Deepika yang mewakili jenama kosmetik global, L’Oreal Paris, pelakon itu memakai gaun ungu dari Marchesa Notte. Gaya itu dilengkapkan dengan kasut dari Jimmy Choo dan barang kemas daripada DeGrisogono. Untuk mekap, Deepika mengenakan rona gelap yang menyerupai warna gaunnya.

            Image result for deepika padukone cannes 2017

Pada hari kedua, pelakon itu memukau orang ramai dengan gaun labuh hijau daripada Brandon Maxwell. Untuk menjadikannya lebih menarik, Deepika memakai barang kemas deGrisogono dan kasut dari Chloe Gosselin. Kali ini rambutnya diikat dan matanya dirias dengan warna hijau antik.

Sonam Kapoor

 Image result for sonam kapoor cannes 2017

Sebagai wakil L’Oreal, pelakon ini kelihatan menarik dalam pakaian Elie Saab pada hari pertama. Sonam tampil lebih anggun dengan perhiasan yang ditempah khas dari Kalyan. Imej glamor ini membuatkan penonton terpesona dengan kejelitaan yang dipamerkan.

          Image result for sonam kapoor cannes 2017

Untuk penampilan kedua di atas permaidani merah, Sonam Kapoor memakai gaun sutera emas juga daripada Elie Saab. Gaun itu dipadankan dengan anting-anting berlian daripada Chopard. Rambutnya dibiarkan lepas dan pembayang mata ‘smokey’ menambahkan serinya.

Aishwarya Rai

          Image result for ashwarya rai cannes 2017

Bukan sahaja ratu filem Bollywood, Aishwarya Rai pada kali ini juga dianggap ratu acara karpet merah itu. Pada hari pertama penampilannya di Cannes, pelakon itu berjalan di atas permaidani merah sebagai duta jenama kosmetik global L’Oreal Paris dengan imej puteri dongeng, Cinderella. Gaun kembang berwarna biru dilengkapi manik rekaan Michael Cinco itu membuatkannya kelihatan luar biasa.

    Image result for ashwarya rai ralph & RUSSO cannes 2017

Pada hari kedua, pelakon itu tiba untuk tayangan filem “120 Beats Per Minute” dan kelihatan menakjubkan dalam gaun merah bertingkat daripada Ralph & Russo. Penampilan Aishwarya buat kali keenam belas di Cannes pada tahun ini dengan gaya yang cukup mempesona, akhirnya berjaya mengubah kritikan polis fesyen yang mengecam penampilannya pada tahun-tahun yang lalu.

 

Sumber: dazzling.news

 

Artikel Berkaitan