#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


MUZO: Alat Canggih Penghalang Bunyi


 

Oleh kerana kita sudah mempunyai fon kepala yang boleh menghalang bunyi, kenapa kita tidak boleh ada alat yang boleh menghalang bunyi di sekeliling  kita tanpa meletakkan apa-apa pada telinga?

Muzo alat menghalang bunyi

Muzo merupakan sebuah peranti yang boleh lakukannya. Ia dicipta oleh syarikat permulaan inovatif, Celestial Tribe.

Apa itu Muzo?

Ia adalah sebuah alat yang mencipta zon senyap peribadi dan privasi menggunakan teknologi anti-getaran. Ia boleh meletakkan anda ke dalam sebuah kawasan tertutup seperti gelembung yang damai dan tenang setiap kali anda memilih untuk memasangkannya.

Kempen permulaan Muzo (yang membincangkan dengan lebih mendalam tentang bidang sains dan kejuruteraan di sebalik peranti tersebut) menggambarkan ia sebagai alat akustik pertama yang boleh menggunakan teknologi Anti-Vibration (Teknologi Anti-Getaran) untuk permukaan licin. Ia sebuah teknologi ekslusif  dalam menghalang objek daripada bergetar untuk mengurangkan sebarang gangguan  bunyi yang tidak diingini di kawasan yang  berdekatan.

Muzo datang dengan tiga ciri, iaitu:

komponen yang ada pada muzo

Mod “ketenangan”, yang “menggunakan teknologi anti-getaran untuk menghapuskan kehadiran gangguan bunyi” –sebagai contoh alat ini berupaya untuk mengurangkan bunyi  kereta api menjengkelkan di luar rumah anda

Mod “tidur” di mana Muzo menghasilkan  bunyi  yang terbukti dapat  membantu tidur (ia juga mempunyai mod penggera yang berbunyi  untuk membantu anda bangun).

Akhir sekali, Mod ” rahsia “, di mana Muzo meletakkan anda dalam sebuah  gelembung peribadi yang tidak boleh dimasuki orang lain (dan mendengar akan perbualan anda).

Bagaimana ia berfungsi?

Apa yang anda perlu lakukan adalah melekatkan Muzo ke permukaan yang rata, tekan butang untuk menyesuaikannya menggunakan telefon pintar anda.  Dalam masa beberapa saat teknologi anti-getaran tersebut akan bermula.

Slogan Muzo, “Hanya pilih  mod anda dan  bebaskan diri dari dunia ”. merupakan slogan Muzo.  Setakat ini, daripada  kempen  yang bernilai $ 532 666 nampaknya ia telah berjaya mengutip sebanyak lebih 152, 807 perkongsian di Facebook.

Sumber: Your Daily Dish

Artikel Berkaitan