#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Muji Reka Jeans Dengan Poket Khas Untuk Telefon


 

Jenama pakaian terkenal, Muji telah mereka jeans dengan poket khas untuk meletak telefon pintar anda. Seluar jeans denim khas Muji akan menampilkan poket yang lebih kemas yang tidak akan menimbulkan bonjolan apabila telefon diletakkan.

         

Poket khas untuk telefon itu terletak di bahagian belakang seluar, dan ia terletak lebih tinggi daripada poket belakang biasa di sebelah kanan jeans. Poket itu sengaja direka di bahagian tepi jeans bagi mengelakkan anda terduduk di atas telefon anda.

Tujuan utama Muji memasarkan jeans berpoket keenam ini adalah untuk menghapuskan bonjolan di bahagian poket hadapan. Selain itu, meletakkan telefon anda dalam poket yang berasingan akan mengelakkannya daripada bersentuhan dengan objek-objek harian lain yang anda letakkan di dalam poket seperti kunci dan syiling. Dengan ini, telefon pintar anda akan selamat dan kurang terdedah kepada calar.

Poket jeans terbabit boleh memuatkan telefon pintar saiz Apple iPhone 6 atau iPhone 7 dengan sarung yang kecil. Tetapi ia tidak jelas pada masa ini sama ada telefon yang lebih besar dapat dimuatkan dalam poket itu atau pun tidak.

                Image result for muji jeans with phone pocket

Telefon Android bersaiz sama seperti Samsung Galaxy S7 mungkin boleh dimuatkan dalam poket khas itu, tetapi telefon yang lebih besar mungkin tidak muat sepenuhnya. Walaupun telefon bersaiz iphone boleh diletakkan dalam poket itu, bahagian atas masih lagi terdedah.

Seluar itu juga tidak beri peluang kepada penyeluk saku untuk mencuri telefon anda kerana poketnya tersembunyi dibawah baju.

Jika anda berminat untuk mendapatkan jeans ini, anda perlu mendapatkannya di kedai Muji kerana mereka tidak boleh dibeli secara online.

 

Sumber: Mobilenewspromotion.top, Hanasuva

 

Artikel Berkaitan