#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Serangan Ransomware WannaCry


 

WannaCry- Ransomware Menyerang Sistem Komputer di Malaysia

Pada hari Selasa lepas, CyberSecurity Malaysia telah  menerima laporan rasmi pertama mengenai serangan siber WannaCry ransomware di Malaysia. Hal ini mengesahkan serangan siber itu telah sampai ke Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata laporan itu dibuat oleh sebuah institusi akademik, sambil menambah dia yakin terdapat lebih banyak kejadian serangan siber itu  yang tidak dilaporkan.

“Kami ingin menggesa orang ramai (samaada organisasi atau pengguna individu) untuk melaporkan apa-apa jenis serangan ransomware kepada CyberSecurity Malaysia dengan menghubungi  talian khidmat bantuan kami, Cyber999”  kata beliau lagi

Amirudin menggesa semua organisasi dan pentadbir sistem untuk berjaga-jaga dan terus melindungi dan menjaga keselamatan infrastruktur rangkaian mereka daripada terjejas. “Pentadbir sistem perlu mengukuhkan lagi sistem mereka dan memberi kesedaran kepada pengguna-pengguna akan kewujudan ransomware baru ini untuk mengelakkan mereka daripada klik pada e-mel dan fail yang mencurigakan,” katanya.

theSun pada hari Selasa lepas telah  melaporkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 10 buah komputer Windows yang telah dijangkiti dengan ransomware.

Ransomware WannaCry Menjangkiti Komputer Di Seluruh Dunia

Ransomware WannaCry tersebut telah melanda lebih 200,000 sistem daripada lebih kurang  150 buah negara, dengan penggodam mengenakan sebanyak wang tebusan sebanyak AS $ 300 (RM1,295) untuk fail yang hendak dibuka. Selaunya mangsa diminta membayar wang tebusan dalam matawang Bitcoin.

Wang tebusan selalunya diminta dalam matawang bitcoin

“Secara umumnya, rakyat Malaysia masih tidak menyedari kewujudan ransomware. Mereka dinasihatkan supaya melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai keselamatan siber dan menggunakan teknologi (internet dan aplikasi) secara berhemah dan beretika,” katany lagi.

Apa Itu Ransomware (Perisian Tebusan)?

Perisian berniat jahat yang mengunci peranti, seperti komputer, tablet atau telefon pintar dan kemudian menuntut wang tebusan untuk membuka kuncinya.

Asal-Usul Ransomware?

 Kes yang pertama didokumenkan adalah pada tahun 2005 di Amerika Syarikat, namun begitu ia telah merebak dengan cepat ke serata dunia.

Apa Kesannya Kepada Komputer?

Perisian ini biasanya tersembunyi  dalam lampiran yang ada pada  e-mel. Ia akan kelihatan seperti fail biasa. Setelah dibuka ia akan menkodkan (encrypt) cakera keras anda, dan menjadikannya mustahil untuk dimasuki  atau mendapatkan apa-apa yang disimpan di dalamnya – seperti gambar-gambar, dokumen atau muzik

Bagaimana Ia Berfungsi?

The “WannaCry” ransomware telah menggunakan kecacatan yang terdapat dalam perisian Microsoft, Pengetahuan ini  telah ditemui oleh Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat  dan telah dibocorkan  oleh penggodam-penggodam.

Kebanyakan serangan ini  dilancarkan terhadap perniagaan-perniagaan namun masih boleh menjejaskan orang ramai.

Bagaimana Untuk Melindungi Diri Anda Daripada Serangan Ransomware?

Ransomware adalah sejenis serangan siber

Perlindungan terbaik daripada serangan ransomware adalah dengan menyediakan salinan fail-fail dalam sistem yang berasingan. Ini bermakna jika anda diserang  anda tidak akan kehilangan apa-apa maklumat kepada penggodam

.Adalah sukar untuk menghalang penggodam yang nekad dari melancarkan serangan ransomware, namun begitu dengan mengambil langkah berhati-hati boleh membantu dalam perkara ini. Ini kerana penggodam  perlu memuat turun perisian yang berniat jahat ke komputer, telefon atau peranti-peranti lain. Cara yang paling biasa mengenakan virus tersebut adalah menerusi  e-mel yang mudah terdedah dan laman-laman web.

Sebagai contoh, penggodam boleh menghantar  kepada seorang pekerja sebuah’ e-mel phishing’   yang kelihatan seperti ia datang dari majikan mereka seterusya meminta mereka untuk membuka lampiran tersebut. Namun, ia sebenarnya merupakan pautan (link)  ke laman web yang berniat jahat yang akan memuat turun virus ke komputer mereka secara senyap-senyap.

Memuat turun program  atau aplikasi yang tidak elok, dan melawat laman web yang memaparkan iklan berniat jahat juga boleh menyebabkan peranti dijangkiti virus ini.

Cara terbaik untuk melindungi diri anda adalah untuk sentiasa rasa  curiga terhadap e-mel yang tidak diduga dan sentiasa menaip sendiri alamat laman web  yang anda ingin kunjungi daripada klik pada sesebuah link. Sebuah lagi sistem  pertahanan penting adalah program antivirus yang boleh mengimbas fail sebelum ia dimuat turun. Sistem ini mampu  menyekat pemasangan aplikasi yang dilakukan  secara senyap-senyap dan mencari malware (perisian yang boleh merosakkan) yang mungkin sudah wujud di dalam sistem komputer.

Syarikat-syarikat  keselamatan siber telah membangunkan sistem pertahanan canggih terhadap serangan siber, termasuk mesin-mesin yang mampu melawan balik apabila ia dapat mengenalpasti  penggodam yang ada dalam talian.

Sumber: The SunThe Telegraph

Artikel Berkaitan