#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Benny Tan Menggunakan e-dagang Untuk Menjual Makanan Laut Segar


 

e-dagang?

Peningkatan perkhidmatan e-dagang yang semakin digemari ramai, membolehkan anda membeli hampir apa sahaja di Internet seterusnya, barang tersebut dihantar ke rumah anda.

Myseafoodmart.com

Impian sebati Sdn Bhd juga menggunakan Internet untuk menawarkan pelanggannya makanan laut segar. Pengasas dan pengarah syarikat, Benny Tan Chun Lit, 32, berkata menerusi portal webnya, myseafoodmart.com, mereka  telah menerima kira-kira 4,000 tempahan sejak  tahun 2012.

l

Tan dan Ong menunjukkan hasil tangkapan ikan segar

Benny Tan memulakan myseafoodmart.com

Tan mula bergiat dengan e-dagang selepas menjalani peperiksaan SPM pada tahun 2002.

Sementara menunggu keputusan peperiksaannya, Tan menggunakan masa tersebut untuk membiak ikan laga dan menjualkannya di dalam talian. Pengalaman ini  meningkatkan lagi minatnya terhadap platform perniagaan dalam talian  serta menyebabkan  Tan membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang e-dagang apabila menuntut di Universiti.

Selepas menamatkan pengajian sarjana mudanya, dalam tempoh 3 tahun beliau bekerja dengan dua syarikat sepanjang tempoh tiga tahun; sebuah syarikat menjual orkid secara dalam  talian dan sebuah lagi adalah sebuah pasar raya yang mempunyai platform perniagaan dalam talian.

“Akhirnya, saya rasa saya harus memulakan perniagaan dengan sendiri.

Permulaan Perniagaan

“Secara kebetulan, saya ada bertemu dengan bapa pembaptisan saya  yang menjalankan perniagaan perdagangan makanan laut. Saya berada di Pulau Ketam ketika itu untuk mencuba makanan laut segar yang dibekalkan oleh bapa pembaptisan saya. Ia  benar-benar segar. Dan ini membuat saya tertanya-tanya mengapa kita tidak mampu untuk mendapatkan makanan laut berkualiti seperti ini di bandar, ” kata Tan.

Seorang pekerja menimbang berat ikan-ikan sebelum membungkusnya

 Ini memberikan peluang untuk Tan memulakan perniagaan membekalkan warga kota dengan hasil laut yang benar-benar segar. Dan Internet memberikannya platform untuk menghantar makanan lautnya ke luar.
“Idea utama perniagaan ini  adalah pelanggan-pelanggan kami perlu dapatkan makanan laut tersebut pada hari yang sama hasil tersebut ditangkap segar dari laut. Dan pelanggan perlu memasak ia secepat yang mungkin, “kata Tan.

Bapa pembaptisan Tan Ong Ah Soi yang  berusia 54 tahun, menguruskan Pusat  Perikanan Muk Jik Pulau Ketam dan mengendalikan perniagaan perdagangan kecil dari rumahnya yang terletak di Pulau Ketam, Selangor.

Pengalaman Bapa Pembaptisan Dijadikan Panduan

“Apabila Tan berkongsi ideanya dengan saya, saya membekalkannya dengan beberapa makanan laut popular untuk membantunya  memulakan perniagaannya,”  Ong menceritakan kisahnya.

Ong merupakan seorang  nelayan sejak berusia 11 tahun lagi  dan kagum dengan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk menjual makanan laut.

Walau bagaimanapun, hal-hal logistik merupakan satu cabaran bagi Tan. Dia melihat  bahawa biasanya terdapat kelewatan dari masa makanan laut itu ditangkap ke masa ia dihantar. Tambahan pula, dia mungkin tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai kaedah pengendalian yang betul.

Tan menghabiskan beberapa minggu belajar cara terbaik untuk membungkus dan menyimpan ikan segar dari bapa pembaptisannya

Satu perkara penting  yang telah dia pelajari adalah untuk memastikan bahawa perlunya ais yang mencukupi untuk dibungkus dengan ikan dan bukannya hanya membungkus ia dengan beg plastik.

Ais merupakan perkara yang sangat penting. Malah, ais begitu penting sampai bapa pembaptisannya membeli mesin aisnya sendiri.

Ikan perlu dibungkus dengan elok untuk memastikan kesegarannya

“Saya dapat lihat  di pasar basah di mana sering terdapat kekurangan ais yang digunakan  supaya ikan kekal sejuk. Penjual ikan merasakan ais adalah lebih berharga daripada makanan laut itu sendiri, ” kata Tan, ketawa. Tan perlu memastikan terdapat bekalan ais yang mencukupi supaya perniagaannya dapat berjalan dengan lancar.

Dengan sokongan dan bekalan  makanan laut dari Ong, Tan memutuskan untuk menguji pasaran yang  berpotensi dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya di Lembah Klang.

Tan telah menerima maklum balas yang positif.

Perniagaan Kian Maju

Selepas kira-kira sebulan, dia telah membangunkan platform e-dagangnya sendiri dan mempromosikan myseafoodmart melalui media sosial supaya perniagaanya dapat diteruskan .Dia  juga ada menghubungi blogger makanan untuk mengulas mengenai produk yang ditawarkannya.

Kisahnya tersebar  dan orang ramai mula memberi perhatian kepada portal milik Tan.

Walaupun masyarakat mudah menerima idea tentang membeli makanan laut dalam talian, Tan menyatakan bahawa pengguna masih sangat tradisional. Ini kerana ramai yang memilih untuk membayar secara tunai apabila menerima penghantaran walaupun mereka boleh membayar secara dalam talian.

Tan ada mengupah seorang kakitangan untuk membantunya membungkus makanan laut ke dalam peti sejuk manakala kerja-kerja penghantaran dilakukan pihak lain.

Pelanggan yang mengembalikan kotak sejuk mereka dalam keadaan baik akan mendapat bayaran balik bernilai sebanyak RM5 dalam pembelian seterusnya.

Syarikat itu telah mencapai jualan bulanan bernilai kira-kira RM15,000, peningkatan yang ketara berbanding dengan hasil jualan lebih awal, iaitu RM2,000 sebulan.

Impian sebati juga ada membekalkan makanan laut secara tetap kepada kira-kira 30 restoran di Lembah Klang tetapi sebahagian besar daripada pelanggan mereka merupakan pelanggan secara runcit. Tan mengatakan bahawa dia mempunyai kira-kira 500 pelanggan tetap, hasil  promosi berterusan yang disiarkan di laman web mereka.

Melangkah ke hadapan, Tan juga ada bercadang  untuk mengambil pesanan dari pelanggan yang berasal  dari luar kawasan Lembah Klang dan sedang meneroka pilihan logistik lain untuk menguruskan pasaran yang lebih luas.

Sumber: The Star

Artikel Berkaitan