#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Model Remaja Somalia-Amerika Peserta Berhijab Pertama Miss USA


 

Halima Aden, model berusia 19 tahun yang berasal dari Somalia berjalan melalui lorong gelap di Hospital Cloud St Minnesota, Amerika Syarikat sambil membawa troli pembersihan apabila tidak berjalan di pentas peragaan.

Image result for halima aden in hospital working

aden bekerja di hospital

Ini mungkin kelihatan seperti peralihan yang pelik bagi seseorang yang kali terakhir dilihat memakai kot berkilauan pada pameran Max Mara untuk Minggu Fesyen Milan.

Tidak kiralah jika dia menerima tanggapan pelik daripada orang ramai tentang dunia pekerjaannya yang jauh berbeza kerana bagi Aden kedua-dua kerja adalah sebahagian daripada dirinya.

“Saya bangga dengan pekerjaan pemodelan saya, tetapi saya juga berbangga dengan kerja di hospital kerana ia adalah kerja pertama saya,” katanya.

Aden kembali ke tempat kerja lamanya buat kali pertama sejak dia mula aktif dalam dunia pemodelan pada musim luruh yang lepas. Dia bercuti di rumah selama seminggu sebelum beraksi semula di pentas peragaan berikutnya di London.

3ad3e60200000578-3978174-halima_aden_wears_a_hijab_and_gown_while_competing_in_the_prelim-a-28_1480368256631

Aden mula muncul dalam dunia peragaan pada bulan November, apabila dia menjadi peserta pertama dalam sejarah pertandingan ratu cantik Miss Minnesota Amerika Syarikat yang bersaing memakai hijab dan burkini.

Walaupun tidak memenangi pertandingan itu, gambar senyuman Aden yang berhijab bersama peserta lain yang memakai sut renang, telah mendapat perhatian media dan menambat hati agensi permodelan antarabangsa, IMG Models.

Sejak itu, bilangan orang yang mengikuti akaun Instagram Aden melonjak  dari 2,000 hingga 100,000 orang. Majalah Vogue dan Cosmopolitan mengggelar Aden sebagai bintang paling menyerlah musim ini. Tiada siapa yang lebih terkejut dengan populariti yang baru dirasai melainkan Aden sendiri.

“Sejujurnya, ia benar-benar di luar jangkaan saya. Ia sesuatu yang baru dan saya masih dalam proses menyesuaikan diri.”

Image result for halima aden burkini

Dilahirkan di sebuah kem pelarian Kenya, Aden dan keluarganya terpaksa beratur dalam barisan panjang untuk mendapatkan air dan terpaksa tukar barang untuk mendapatkan periuk, kuali dan arang. Aden minum PediaSure di kem kerana dia kurang berat badan. Dia membesar dengan minuman itu dan masih mengambilnya sekarang.

 “Saya membesar dan memperhatikan bahawa terdapat begitu banyak perkara, halangan dan perkara-perkara yang orang fikir saya tidak boleh lakukan kerana saya Islam dan bertudung. Persepsi ini adalah sesuatu yang mahu saya ubah.”

Aden melihat peluang untuk membuat industri peragaan lebih inklusif dengan merubah tanggapan orang ramai.

Tetapi dia terpaksa belajar bagaimana untuk berurusan dengan tindak balas daripada sesetengah pengkritik Muslim yang mengecam peragaan sebagai kerja yang tidak sesuai untuk wanita Islam.

Sumber: Thestar

Artikel Berkaitan