#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Audrey Tang- Dari Penggodam Ke Menteri Digital Taiwan


 

“Menteri digital” Taiwan, Audrey Tang, seorang genius komputer dan usahawan yang belajar sendiri programming pada usia lapan tahun, berkata dia seorang “penggodam sivik,” beliau seperti seorang tukang kunci yang menggunakan kepakarannya  untuk membantu daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok

Audrey Tang Menteri Digital Taiwan

Perlantikan Sebagai Menteri Digital

Beliau telah dilantik oleh pemimpin yang berharap dapat membina hubungan yang baik dengan pengundi muda yang telah membantu mendapatkan Presiden Tsai Ing-wen jawatannya pada tahun lepas. Tang yang kini berusia 35 tahun menggunakan kepakaran beliau untuk lebih  melibatkan orang awam secara langsung dalam penggubalan dasar dan untuk menangani masalah “berita palsu “.

“Hanya dengan meminta orang ramai untuk mendengar idea-idea yang mereka tidak suka pada asasnya ia menguatkan sistem perlindungan mereka,” kata Tang dalam satu temu bual semasa melawat Seoul untuk Pertandingan Godam Antarabangsa Tahunan Codegate.

“Jika mereka telah mempertimbangkan dengan teliti  berita tersebut, mereka sudah mempunyai halangan dalam fikiran mereka,  jadi mereka tidak mudah menjadi mangsa kepada khabar angin,” katanya.

Isu Taiwan dan China

Pertumbuhan teknologi yang diterajui Taiwan kian teguh apabila berhadapan pegangan kuat negara China.  Memastikan orang ramai sentiasa berhubung adalah penting memandangkan status Taiwan yang memerintah dengan sendiri 23 juta orang yang dipisahkan dari tanah besar China ketika perang saudara yang berlaku pada tahun 1949.

Pol. is Hasil Kerja Tang

Salah satu inisiatif Tang adalah sistem yang dikuasakan kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang diberi nama Pol.is yang mengumpulkan dan berkongsi pandangan orang ramai mengenai isu-isu dasar untuk membantu menentukan tahap sebenar sokongan untuk sesuatu perkara tertentu. Sebagai contoh,  kerajaan boleh menggunakan data dalam rundingan mengenai mengawal selia Uber dan lain-lain perkhidmatan teksi, kata Tang.

Pol. is merupakan rancangan cetusan idea Tang

“Pendekatan ini mencerminkan usaha menggalakkan skil pemikiran dan pendengaran yang kritikal tentang sesuatu  perkara pada skala besar bukan seperti idea-idea yang sering dikongsikan di laman sosial- tidak lengkap dan tidak serius,” kata Ming-Yeh Rawnsley, seorang  penyelidik di Pusat Pengajian Taiwan di University of London.

“Merupakan sebuah perkara penting kerajaan Taiwan sedang memikirkan tentang mengamalkan demokrasi,” kata Rawnsley. “Walaupun ledakan platform media sosial telah mewujudkan banyak peluang yang menarik untuk meluahkan perasaan orang awam dan penyertaan orang ramai, ia juga mecipta satu fenomena di mana semua orang mahu bersuara, tetapi hanya segelintir yang mahu mendengar.”

Sumbangan Tang
Pendirian ‘mesra-digital’ Tang, termasuk membenarkan mereka yang bermain permainan (game)  komputer   terlibat dalam perkhidmatan ketenteraan wajib di Taiwan secara alternatif. Hal ini memberikan peluang kepada peserta profesional e-sukan “League of Legend” peluang yang sama seperti peserta Sukan Olimpik yang berjaya membawa balik pingat

Tahun depan, dia merancang untuk memperkenalkan kelas mengenai “celik teknologi maklumat dan media” untuk semua pelajar sekolah  yang bertujuan membantu pelajar-belajar untuk membezakan khabar angin dan pembohongan dari fakta.

“Hal ini bukan mengenai kebolehan untuk mengenal pasti  ‘berita palsu’ tetapi ia adalah tentang kemampuan untuk membuat keputusan … supaya individu-individu tidak mudah terpengaruh apabila terdapatnya khabar angin,” kata Tang.

Trend laman sosial rakyat Taiwan

Rakyat Taiwan sangat menggemari penggunaan forum dalam talian seperti Twitter, yang mempunyai had sebanyak 140 huruf. Mereka lebih gemar menulis dalam ideogram Cina kerana ia boleh mengatakan lebih banyak perkara daripada apabila mereka menggunakan bahasa Inggeris.

Tang tidak berapa setuju dengan penggunaan istilah “berita palsu,”  kerana baginya ia tidak adil pada wartawan. Tetapi dia mengatakan dia mendapati  cara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggunakan Twitter “menyegarkan”.

Pengisytiharan pendek Trump, walaupun sering mengejutkan, membuatkan ia sukar untuk disalah tafsir, ujar beliau.

“Jika saya buat mesej saya padat dan pendek, maka tidak mudah untuk seseorang salah faham tentang mesej itu. Itu adalah perkara asas yang telah saya pelajari, “kata Tang. Cara @realDonaldTrump menggunakan Twitter bertepatan dengan tujuan asalnya,” katanya lagi.

Taiwan mengharapkan kepada inovasi untuk membikin sebuah imej teknologi maju.

Kehidupan Peribadi Tang

Tang  merupakan menteri kerajaan transgender yang pertama di  Taiwan. Hal ini  merupakan perkara yang sangat jarang berlaku terutamanya di Asia Timur, di mana kumpulan-kumpulan konservatif lantang bersuara dan mengutuk secara terbuka mereka yang tergolong dalam kumpulan seksual minoriti.

Tidak begitu di Taiwan, katanya.

“Saya boleh katakan saya seorang post-gender, yang bermaksud bahawa saya rasa sesuatu  perkara itu bukan hanya  boleh dilakukan oleh satu gender sahaja,” kata Tang, yang dari awal lagi  menunjukkan beliau  mempunyai corak pemikirannya sendiri.

Ketika dia mencari jalan untuk menyelaraskan pengiraan matematik, dia mengajar dirinya programming komputer apabila dia berusia 8 tahun. Dia berhenti menghadiri sekolah pada masa dia berusia 14 tahun Apabila dia berusia 20 tahun dia sudah memulakan syarikat perisiannya  di Silicon Valley.

Dia bergurau,  orang ramai  kadang-kadang  tersilap ketinggiannya, 180 cm adalah sama dengan tahap IQnya .

Penglibatan Tang dalam politik bermula  semasa pergerakan Sunflower Taiwan 2014 apabila dia dikenali ramai  kerana telah membantu pegawai berinteraksi dengan rakyat menggunakan internet semasa bantahan terhadap perjanjian perdagangan dengan Beijing.

Sumber: South China Morning Post

Artikel Berkaitan