#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Bagaimana Lelaki Berkerjaya Kekal Bergaya?


 

Kebanyakan lelaki bekerja sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bergaya. Mungkin anda salah seorang daripada lelaki yang sering menggunakan alasan sibuk untuk mengabaikan fesyen harian anda.

Ikuti tips fesyen berikut untuk mengelakkan anda menjadi mangsa fesyen walaupun sentiasa sibuk.

 

  1. Merancang Pakaian Malam Sebelum

Image result for mens outfits layout

Menyediakan pakaian pada malam sebelum, akan mengurangkan masa untuk anda bersiap. Sebelum tidur, rancang  apa yang akan anda pakai pada hari berikutnya. Bentangkan pakaian, kasut, dan aksesori anda. Dengan berbuat demikian, anda tidak akan tergesa-gesa pada waktu pagi. Anda juga akan mempunyai masa yang cukup untuk membetulkan apa-apa masalah pada pakaian anda seperti zip rosak atau membaiki butang rosak.

  1. Pastikan Almari Anda Tersusun

Image result for mens organized closet

Pastikan almari pakaian anda sentiasa kemas dan tersusun supaya anda tidak perlu tercari-cari pakaian anda. Aturkan almari anda dengan mengikut kekerapan anda memakai pakaian itu atau mengikut warna. Susunan almari yang sempurna seharusnya mempunyai bahagian berasingan untuk sut, kemeja-T, aksesori dan juga kasut.

  1. Kurangkan Pilihan Pakaian

Related image

Elakkan daripada memiliki barangan yang tidak sesuai untuk dipadankan dengan pakaian anda. Barang-barang ini akan menjadi gangguan ketika anda ingin memilih pakaian yang ingin dipakai. Jika majoriti barangan di dalam almari anda bersesuaian dengan semua jenis pakaian, anda tidak perlu berfikir terlalu lama untuk memadankannya. Pakaian yang sudah tidak dipakai atau rosak juga perlu dibuang daripada simpanan anda.

  1. Lakukan Rutin Waktu Pagi

Image result for mens shaving

Mempunyai rutin harian pada waktu pagi akan membuatkan anda teruja untuk bangun setiap hari. Rutin domestik yang mudah seperti bercukur, membuat sarapan, bersenam atau mengemas katil sebaik sahaja anda bangun boleh menjadi dorongan untuk anda memulakan hari anda. Ini menjimatkan tenaga mental anda yang berharga untuk perkara-perkara yang lebih mendesak di kemudian hari.

Sumber: realmenrealstyle

Artikel Berkaitan