Bisnes & Ekonomi

Jamila Abass: Wanita di Sebalik Aplikasi Membantu Petani Kenya

Saintis Komputer Tidak Disengajakan

Jamila Abass membesar di Wajir, iaitu kira-kira 440km dari ibu kota Kenya, Nairobi. Semasa membesar beliau pernah diajar oleh seorang guru yang buta.

“Saya ingin menjadi seorang doktor kerana saya mahu membantu memulihkan penglihatannya,” beliau mengimbas kembali.

Beliau pernah menghadiri pengajian perubatan di Maghribi, tetapi kemudian memilih sains komputer apabila dia diberitahu bahawa terdapat biasiswa hanya untuk seorang pelajar di dalam kelasnya yang ingin belajar perubatan.

Kini berusia 33 tahun, rakyat Kenya ini telah menjadi seakan-akan penyelesai bagi pelbagai masalah. Bergelar saintis komputer dan usahawan sosial, dia menggelarkan dirinya seorang “saintis komputer yang tidak disengajakan”.

 Apa it M-Farm?

Pada tahun 2010, bersama-sama dengan rakan perniagannya, Jamila merangka M-Farm.

Beliau telah mencipta M-Farm, aplikasi mudah alih yang dijana oleh mesej teks. Ia menyediakan harga pasaran tanaman yang terkini dan maklumat perhubungan petani di Kenya. 

“Saya datang dari keluarga yang biasa-biasa. Apabila kita bercakap tentang orang yang dari bawah piramid, saya tidak hanya bercakap mengenainya, saya pernah melaluinya, “kata Jamila, yang pernah membantu menjaga gerai milik keluarga beliau.

Beliau berkata adalah penting untuk membantu petani yang 80% daripadanya terdiri dari golongan luar bandar Kenya.

Aplikasi ini dibina untuk menghubungkan petani dan pembeli, seterusnya mengurangkan halangan yang wujud di antara mereka.

Ia juga merupakan alat supaya petani boleh melakukan jualan secara berkumpulan di mana hasil mereka akan dikumpul di satu tempat untuk dijual.

Ini akan membolehkan petani untuk berhubung terus dengan pembeli seterusnya membolehkan mereka untuk mengaut keuntungan secara langsung.

 “Media di Kenya sentiasa membincangkan tentang nasib para petani  yang sering ditipu oleh orang tengah,” katanya dalam satu temu bual selepas menghadiri Forum Transformasi Global di Kuala Lumpur, sebuah platform untuk berkongsi pengalaman tentang bagaimana untuk melakukan perubahan.

Menurut beliau, ramai pekebun kecil di Kenya mempunyai hasil pertanian tetapi tidak mempunyai cara untuk memasarkannya.

Petani menggunakan aplikasi M-Farm

 

M-Farm Membantu Petani

Dengan aplikasi M-Farm ini, beliau berharap dapat mengubah cara penduduk luar bandar Kenya menjual hasil pertanian mereka.

“Ini dapat membantu meningkatkan lebih ramai orang keluar dari kancah kemiskinan,” katanya lagi.

Jamila menyebut beberapa contoh di mana ada orang telah menonjolkan diri mahu membantu petani dengan projek-projek mereka, tetapi akhirnya gagal. Ini meninggalkan petani dalam keadaan yang sukar dan terbiar serta menjadikan mereka ragu-ragu.

Untuk mendapatkan kepercayaan petani terhadap M-Farm, Jamila mendekati kumpulan dan pemimpin komuniti petani bagi menyampaikan mesej ini secara terus.

Malah, ketika bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melawat Kenya pada tahun 2015, beliau telah memuji M-Farm.

“Masa depan tanpa petani akan mengakibatkan berlaku bencana terhadap jaminan makanan di dunia,” katanya lagi.

“Kita sedang bercakap tentang kira-kira 500 juta pekebun kecil di negara-negara membangun.” Jamila berkata trend pengguna menunjukkan bahawa ramai orang kembali menggunakan produk organik. Hal ini, merupakan kepakaran petani-petani tersebut.

Jamila Sebagai Model Teladan Bagi Wanita di Wajir

Dalam sebuah  kajian yang dijalankan Unicef, ia menunjukkan kemasukan kanak-kanak perempuan ke sekolah di Wajir hanya 13.9% – jadi Jamila merupakan seorang model teladan bagi golongan wanita di sini.

Beliau juga merupakan salah seorang  daripada  Wanita Afrika Baru Tahun 2015 dan 10  Wanita Pengasas Teknologi Untuk Diperhatikan Forbes

Ditanya sama ada beliau menggalakkan wanita lain untuk menceburi bidang sains seperti beliau, dia berkata wanita perlu “melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan”. “Jika seorang wanita merasakan bahawa adalah lebih baik dia berada dalam bidang perniagaan daripada sains, maka dia harus diberi kebebasan untuk memilih” katanya lagi.

Beliau juga memberi pujian terhadap abang-abangnya kerana telah bersungguh-sungguh memperjuangkan haknya untuk belajar. “Saya hanya mula menghadiri sekolah sekular apabila saya berusia 8 tahun, pada masa yang sama dengan adik saya, yang tiga tahun lebih muda daripada saya. Saya menggelarkan diri saya tidak sengaja berpendidikan, “menurutnya lagi sambil ketawa.

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button