Isu SemasaTempatan

7 Pekerjaan Paling Stress di Malaysia

Pekerjaan adalah suatu keperluan bagi hampir setiap individu untuk membolehkan mereka menampung perbelanjaan dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam zaman ini, di mana kos taraf hidup kian meningkat.

Walau bagaimanapun,  antara perkara biasa yang berlaku di tempat kerja adalah masalah stress dan tekanan. Kewujudan tekanan yang baik dalam sesebuah pekerjaan mampu membentuk corak kerja yang lebih produktif.

Masalah Kesihatan Akibat Stress

Jika tidak diatasi dengan segera  masalah  terlalu banyak stress dan tekanan di tempat kerja boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan diri.

Kejadian yang berlaku March lalu di mana seorang guru di Putrajaya telah cuba untuk membunuh diri dikatakan akibat tekanan kerja yang hebat telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia dan merupakan antara contoh kesan negatif tekanan kerja terhadap diri.

Dalam sebuah kajian yang telah dilakukan, statistik menunjukkan lebih 40 juta orang di Eropah atau 1 daripada 3 orang pekerja mengatakan bahawa mereka mengalami tekanan di tempat kerja.

Antara punca terjadinya gejala ini adalah kerja yang selalu berada di bawah tekanan, ketidakjelasan tugas yang diberikan, kurangnya perencanaan kerja, tekanan dan makian dari bos, rakan kerja yang bermacam kerenah dan macam-macam lagi.

Tanda-Tanda Tekanan Kerja Yang Serius

Antara tanda-tanda yang wujud jika anda mengalami gejala  tahap tekanan kerja yang serius adalah:

  • Mudah tersinggung
  • Cepat marah
  • Tindakan yang terlalu agresif
  • Defensif
  • Merasa diri selalu salah
  • Susah fokus
  • Menjadi pelupa
  • Jantung kadang-kadang berdebar

Berikut adalah senarai kerja yang mempunyai peratusan stress paling tinggi di Malaysia. Adakah kerjaya anda tergolong dalam senarai pekerjaan di bawah?

Seperti yang dapat dilihat pekerjaan seperti anggota polis, guru dan jururawat menduduki 5 kedudukan teratas ini bermakna mereka berhdapan dengan kadar stress yang agak tinggi apabila seharian bekerja berbanding pekerjaan lain.

Kepentingan Stress

Tanpa mengira jenis pekerjaan, stress di tempat kerja adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Ketiadaan stress dan tekanan secara langsung boleh membuatkan seseorang itu kurang bermotivasi untuk melakukan sesuatu tugas dengan produktif. Jadi  kawalan kadar stress ke satu tahap yang sesuai dan sentiasa dalam kawalan anda adalah penting dalam perkara ini.

Mengendali Stress di Tempat Kerja

Antara cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengendalikan stress di tempat kerja adalah dengan

  • mengenal pasti punca stress tersebut serta fikirkan cara yang sesuai untuk mengatasinya
  • amalkan rasa bersyukur (contohnya seperti rasa bersyukur terhadap rakan kerja yang sentiasa menolong anda membeli makan tengahari)
  • buat sesuatu yang baik untuk rakan sekerja (seperti membancuh mereka secawan teh)
  • luangkan masa bersama rakan sekerja yang positif
  • mengingati semula perkara anda suka tentang kerja anda.

 

Sumber: Hanasuva & Psych Central

Show More

Related Articles

Back to top button