Gaya HidupMakan & Minum

Ini Bagaimana Untuk Buat ‘Meringue’ Dengan Kacang Kuda

Sekiranya anda seorang yang mahu jalankan gaya hidup yang sihat atau pun seorang vegetarian, anda mungkin mahu mengurangkan pengambilan telur.

Tapi apa anda boleh buat kalau anda nak makan meringue?

str2_gaaquafaba_jg_8-e1488858809493

Jawapannya adalah: kacang kuda!

Goose Wohlt, seorang jurutera perisian telah menamakan penemuan barunya itu sebagai “aquafaba” yang bermaksud “air” dan “kacang” dalam bahasa Latina.

aquafaba-poured-out-e1488931120324

Aquafaba merupakan sesuatu yang sangat terkenal dalam dunia vegetarian ini kerana ia telah digunakan sebagai pengganti putih telur.

Penemuan ini juga sangat berguna untuk mereka-mereka yang mempunyai alahan dengan telur.

Antara resepi-resepi yang telah dengan jayanya dibuat dengan menggunakan aquafaba ini adalah omellete, pancake, aising, ais krim, mozzarella, dan juga meringue!

Anda boleh dapatkan aquafaba ini daripada kacang kuda tin yang ada di pasaraya berdekatan rumah anda.

capture2

Cara membuat meringue menggunakan aquafaba adalah sama sahaja seperti anda membuat meringue menggunakan telur.

Bahan-bahan Meringue:

60ml aquafaba sejuk
¼ sudu teh krim tartar
benih dari ½ sudu teh ekstrak vanila
120-160g gula kastor

Untuk kaedah yang lebih jelas, anda boleh lihat video di bawah bagaimana untuk membuatnya:

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button