Gaya HidupKecantikan

Yogurt Antara Pilihan Terbaik Untuk Kecantikan Anda?

Selain baik untuk diet dan pengambilan kalsium, yogurt sebenarnya mempunyai manfaat yang sangat besar untuk aspek kecantikan anda. Berikut adalah antara kebaikan-kebaikannya:


Bagi Tangan Anda:

bowl and spoon with joghurt

Campurkan satu sudu madu kedalam secawan yogurt kosong dan ini akan menjadi solusi kepada pelembut tangan anda. Madu mempunyai sifat sebagai pelembap semula jadi, ini akan membantu untuk mengekalkan air ke dalam kulit anda dan membuatkan mereka menjadi lebih lembut dan licin.

Bagi Muka Anda:

yogurt-face-mask

Sapu yogurt kosong pada muka anda untuk mengetatkan pori-pori dan membersihkan kulit anda, setelah itu bilas dengan air suam selepas 10 minit. Rawatan ini mempunyai asid laktik (satu alfa asid hydroxy (AHA)) – yang lebih ringan daripada skrub lain.

Bagi Kulit Kepala Anda:

maxresdefault

Untuk pengetahuan anda, yogurt boleh digunakan sebagai perapi (conditioner). Apa yang anda perlu buat adalah dengan menggosok yogurt kepada rambut yang basah dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum bilas. Dengan ini, kultur aktif boleh melegakan kulit kepala yang gatal dan membantu melawan kelemumur.

Bagi Kaki Anda:

make-milk-foot-soak-800x800

Campurkan yogurt dalam satu setengah cawan kacang (walnut) halus dan gunakannya sebagai skrub untuk memperbaiki tekstur kulit dan melegakan tompok kering. Yogurt akan memberikan kesan melembapkan, dan kacang pula akan membantu menggelupaskan sel kulit mati.

Sumber: Popsugar
Show More

Related Articles

Back to top button