#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Fikir Dulu Sebelum Beli Barangan Ini Secara Online (Part 2)


 

Minggu lepas kami telah senaraikan 6 barangan yang anda perlu fikir dahulu dan berhati-hati sebelum beli secara online, kali ini kami akan senaraikan beberapa lagi barangan lain yang anda perlu fikir dua kali sebelum membeli mereka:

  1. Barangan Kecil

12_19thingsnottobuyonline_istock-464725372_nishka321-760x506

Produk seperti getah rambut, tisu, dan sarung tangan adalah antara produk yang tidak berbaloi untuk anda bayar harga barang itu sendiri dan kemudian juga perlu membayar harga penghatarannya juga.

  1. Peralatan Rumah

13_19thingsnottobuyonline_istock-506997606_97-760x506

Sebelum menekan butang “beli” untuk peralatan seperti dapur dan mesin basuh, pastikan anda sudah periksa semua review mengenainya. Mereka mungkin mempunyai caj penghantaran yang mahal, oleh itu, ianya lebih bijak untuk menelefon perkhidmatan pelanggan dan berbincang dengan mereka terlebih dahulu.

  1. Peralatan Muzik

14_19thingsnottobuyonline_istock-183049176_viorika-760x506

Bagi anda yang peminat muzik tegar, anda patut tahu untuk mencubanya terlebih dahulu sebelum terus membeli apa-apa alat muzik yang mahal.

  1. Bunga

15_19thingsnottobuyonline_istock-143920105_alija-760x506

Kami rasa anda pun boleh fikir secara logiknya yang bunga itu mungkin akan layu setelah ia tiba pada muka pintu anda. Jika anda mahu membeli bunga, ianya lebih baik untuk pergi sendiri ke kedai bunga.

  1. Makanan Dari Luar Negara

18_19thingsnottobuyonline_istock-622419130_oleh_slobodeniuk-760x506

Berhati-hati apabila membeli makanan secara online. Selidik terlebih dahulu apa-apa forum mengenainya untuk mengetahui sama ada barang-barang itu benar-benar berasal dari luar negara – jika ya, cari pengedar yang boleh memberikan apa yang anda mahu itu tanpa perlu menyeberangi sempadan.

  1. Berlian

19_19thingsnottobuyonline_istock-185005651_franckreporter-760x506

Dengan barangan mahal dan mewah seperti berlian, anda mahu pastikan yang anda tahu apa yang anda akan dapat apabila membelinya. Anda mahu memeriksanya dengan betul, ketaui kelemahannya dan memastikan berlian itu sendiri dan warnanya apa yang anda mahukan.

Sumber: Readers Digest

 

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998