FesyenGaya Hidup

4 Tips Untuk Anda Gayakan Pakaian Yang Berjalur (Stripes)

Jalur klasik adalah pilihan terbaik bagi gadis yang ingin menggayakan pakaian yang bercorak. Dan corakĀ  jalur kelihatan baik pada sesiapa sahaja, tidak salah dari segi gaya dan anda boleh memakainya dengan apa sahaja.

Pakaian berjalur perlu memain peranan penting dan wajib ada di dalam almari pakaian setiap gadis, tetapi jika anda berasa corak jalur ini tidak memberi gaya trend pada masa kini, kami mempunyai beberapa cara mudah untuk anda untuk menukar pakaian jalur anda agar ia kelihatan seperti fesyen yang segar dan tentulah bergaya!

  1. Warna Jalur

girlshijab-style-and-ijab-fashion-ideas07a9530b809ce102ed9900abafc8dc15

Menyuntik beberapa warna bersama corak berjalur adalah cara yang paling mudah untuk memberikan beberapa kelebihan kepada jalur monokrom asas anda. Cuba warna seperti biru terang dan merah terangĀ  dipadankan dengan warna putih, atau lebih baik lagi jika anda berani, eksperimen dengan warna-warna dalam pelbagai warna.

  1. Jalur Layer

striped-shirt-dress-hijab-look just-trendy-girls

Corak jalur adalah salah satu corak yang paling mudah untuk anda gayakan dengan cara layer. Tetapi corak berjalur ini menambah gaya yang lebih mendalam pada pakaian anda berbanding bergaya dengan warna-warna blok. Tambah sedikit corak jalur yang mudah dan simple untuk himpunan lapisan anda bagi menampakkan pakaian lebih fresh.

  1. Mix and Match Cetakan dan Jalur

hijab-fashion-styles-2015-12-663x1024

Jalur pada dasarnya adalah corak yang neutral dan ia sebenarnya mudah untuk digayakan dengan corak cetakan yang lain. Apa kata anda cuba memilih satu corak cetakan yang dominan dan satu lagi corak cetakan yang berbeza corak dari corak yang dah ada. Selalunya cetakan skala yang berbeza adalah Ā terbaik. Perkara yang paling penting untuk diingati ialah pastikan warna corak tersebut dapat dipadankan dengan baik.

  1. Mix It Up

18c9fc82fda15efe6914ed5800a98dac 6cb741307cecf77d1d828a2a2ad60e04

Kepelbagaian corak jalurĀ  sentiasa terbaik. Perbezaan dari segi lebar, panjang, kedudukan, kedalaman dan warna menyediakan peluang yang luas untuk di uji kaji dan akan membawa anda gaya jalur yang lebih standard malah bergaya. Cubalah gaya dengan pelbagai corak jalur yang ada untuk melihat kecantikan gaya jalur itu sendiri.

Sumber: The TrendsPotter

Show More

Related Articles

Back to top button