Gaya HidupKecantikan

Tak Sempat Mandi? 5 Cara Ini Akan Bantu Anda Kekal Wangi

Sama ada anda tergesa-gesa atau hanya tidak mahu mandi, anda mungkin masih mahu berbau wangi apabila berada disekeliling orang lain. Tips ini akan membuat anda kekal berbau segar walaupun pada keesokkan harinya.

1.Pakai deodoran pada waktu malam
deodorant-hacks

Ianya adalah lebih baik untuk memakai deodoran anda pada waktu malam, sebaik-baiknya selepas mandi.

Deodoran boleh berkesan dengan lebih baik apabila terdapat sedikit kelembapan minimum pada ketiak anda, seperti apabila anda tidur dan ketiak anda berpeluh.

2. Scrub kaki anda dengan sabun

foot_scrub_large
Kaki menarik banyak bakteria sepanjang hari, jadi ia merupakan idea yang baik untuk membasuh mereka dengan baik setiap kali anda melangkah ke bilik mandi.

Gunakan sabun untuk mencuci bahagian bawah kaki dan sekitar jari kaki anda. Pastikan anda keringkan mereka sebaik sahaja anda melangkah keluar dari bilik mandi untuk mengelakkan pembentukan bakteria.

3. Jangan pakai skinny jeans

cropped-skinny-jeans-short-women
Jika anda tidak mandi, anda tidak sepatunya memakai apa-apa seluar yang terlalu ketat.

Kawasan yang berpeluh, lembap dan suam (seperti celah paha) cenderung untuk mula berbau dengan lebih cepat daripada yang lain dan dengan memakai pakaian yang ketat, akan membuat badan anda berbau dan tidak menyenangkan.

4. Sembur minyak wangi dengan betul

Closeup of woman spraying perfume on wrist at home

Cara yang betul untuk memakai minyak wangi anda adalah dengan menyembur mereka pada kawasan nadi tertentu, seperti pergelangan tangan, siku dan leher, kerana kehangatan kawasan ini akan membantu wangian anda bertahan lebih lama.

Selain itu, sembur minyak wangi sebaik sahaja anda keluar dari bilik mandi, kerana kelembapan dalam kulit anda akan membantu mengekalkan bau itu dengan lebih lama.

5. Singkirkan bau dari kasut anda

1-shoe
Dalam usaha untuk menyingkirkan bau kaki yang busuk, taburkan sedikit bedak bayi pada kaki anda dan dalam kasut anda untuk membantu ia menjadi lebih kering dan melambatkan pertumbuhan bakteria.

Sumber: goodhousekeeping

Show More

Related Articles

Back to top button