#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ini Adalah Kuey Teow Goreng Terbaik Di Kuala Pilah!


 

Kalau kita cerita tentang kuey teow goreng yang paling sedap di dunia, kami guarantee ramai pembaca akan cakap yang mereka dah jumpa kuey teow goreng yang paling sedap, paling power dekat tempat “hot” masing-masing. Tapi percayalah cakap kami, anda mungkin berani kata macam itu sebab anda belum pernah cuba kuey teow yang sedap gila di Kuala Pilah ni!

Selalunya kalau kita makan kuey teow goreng terkenal yang dijual di kebanyakan kedai, anda perlu mengaku yang mereka mungkin mempunyai rasa tertentu yang sama. Mungkin ada yang terlebih letak kicap, atau terkurang letak sambal, ataupun mungkin terlupa letak bahan-bahan wajib yang lain, yang akhirnya akan memberikan rasa yang kurang “ummphh” pada keseluruhan hidangan itu.

Haa, tapi dengan kuey teow goreng dari Kuala Pilah ini, kami jamin yang anda tidak akan kecewa datang jauh-jauh, berjam-jam di atas jalan raya hanya semata-mata untuk dapatkan sepinggan (atau lebih) kuey teow goreng di sana (ehem! bercakap melalui pengalaman sendiri).

img_0452

Suasana di dapur

Anda mungkin tertanya-tanya, “kenapa panggil kuey teow Pilah? Tak ada nama betul ke?” Ya, kedai ini memang tiada nama yang tertentu, tapi jangan risau kerana bila anda Tanya sahaja penduduk di situ, mereka pasti tahu yang mana.

Tapi, anda perlu tahu yang di situ terdapat dua kedai yang menjual kuey teow, jadi pastikan yang anda tanya kedai kuey teow yang berdekatan dengan pintu masuk belakang kedai Econsave dan bersebelahan dengan kiosk internet Yes.

“Susah ke nak jumpa kedai ni?”

Mudah sahaja, untuk jadikan landmark destinasi anda, pastikan anda cari ‘Hotel Melang Inn Kuala Pilah’, dalam aplikasi waze atau google map anda.

img_0450

Kuey Teow dengan telur

 

img_5720

kuey teow + mee

Di kedai ini, anda boleh dapatkan bihun dan juga mee jika anda bukan peminat nombor satu kuey teow – dan kesemuanya dijamin sedap gila!

Anda boleh dapatkan satu pinggan kuey teow goreng ini dengan harga RM4.40, RM5.40 jika dengan telur, dan RM6.40 jika mahu kerang lebih – sangat berbaloikan?! Mana nak dapat makanan yang sedap gila macam ni dengan harga yang berpatutan macam tu?

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu tentang kedai makan ini, ia dimiliki oleh keluarga cina. Tapi jangan risau, jangan takut, jangan rasa syak wasangka sekalipun.

Ini bukanlah satu isu kerana mereka cukup menjaga kesemua syarat yang sepatutnya dipatuhi oleh semua kedai makan yang ada di Malaysia ini.

img_5719

Bihun goreng

img_0451

Suasana di kedai makan

 

Tambah-tambah lagi, di sana anda boleh jumpa orang-orang daripada bermacam-macam bangsa dan juga agama sedang menikmati makanan yang lazat itu bersama-sama keluarga dan juga rakan-rakan tersayang mereka.

Tetapi, jika anda tetap rasa tidak selesa dengan fakta ini, ianya lebih baik untuk ikut kata hati anda sahaja. Pendek kata, kami tidak memaksa sesiapa pun untuk mencuba makanan dari kedai ini, sebaliknya hanya mengesyorkan apa yang bagi kami terbaik di sana. Jadi, selamat mencuba dan menjamu selera semua!

 

Artikel Berkaitan