#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Jangan Lupa Letak Benda Ni Di Bawah Papan Memotong Anda Setiap Kali Guna


 

Bagi chef-chef yang terkemuka di luar sana, trik ini pastinya perkara yang biasa mereka lakukan setiap kali mereka mahu menghalang papan memotong mereka untuk bergerak ke sana-sini ketika memasak.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang bukan chef terkemuka dan baru mula berjinak dalam dunia memasak ni? Ini pastinya akan menjadi agak sukar untuk mereka menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Tetapi, jangan resah, kerana kami sudah ada jalan penyelesaianya untuk anda.

Anda mungkin mempunyai pengalaman di mana ketika anda sedang memotong, papan memotong anda kadang-kadang akan berganjak disebabkan tekanan dan juga permukaan papan memotong itu sendiri yang rata.

441405114e6af69f85d0fe6d0825b4b2_towel5

Oleh itu, untuk memastikan yang perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi, anda hanya perlu membasahkan kertas tisu dan letakkannya di bawah papan memotong anda.

Walau bagaimanapun, trik ini lebih sesuai untuk papan pemotong yang berasaskan kayu dan juga plastik kerana bahan-bahan yang lain seperti kaca atau buluh adalah lebih keras dan lebih cenderung untuk bergerak di atas permukaan.

glass-chopping-board

slice_03

Satu lagi perkara yang anda wajib pastikan sebelum anda mula memotong adalah: Pastikan pisau anda tajam. Sebaik sahaja kedua-dua papan pemotong dan pisau anda sedia untuk digunakan, bolehlah anda mulakan proses memotong bahan masakan anda itu tanpa rasa takut lagi!

landscape-1431974262-delish-cutting-board

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998