Hiburan

Disney Lancar Emoji Watak-Watak Kegemaran Anda

Kebelakangan ini, kita dapat lihat yang emoji sering dikeluarkan sepanjang masa dan sama ada mereka sebahagian daripada koleksi besar Unicode atau melalui selebriti seperti Kim Kardashian, ia sememangnya sesuatu yang sangat popular sekarang ini.

Walaupun anda mungkin tidak begitu berminat untuk membeli emoji yang dihasilkan oleh Kim Kardashian, kami rasa yang anda mungkin akan lebih berminat untuk mengguna emoji baru yang bakal dikeluarkan oleh Disney ini nanti.

screen shot 2016-07-07 at 11.59.54 am

Kini, Disney telah membuatkan mimpi semua peminat-peminat animasi atau kartun Disney di luar sana akan menjadi satu kenyataan. Tidak lama lagi, mereka akan melancarkan beratus-ratus koleksi emoji baru dari Disney dan Pixar. Dan anda akan berpeluang untuk memuat turun dan menggunakan mereka dalam telefon pintar anda dalam masa terdekat ini!

Dalam video yang dikeluarkan oleh Disney beberapa minggu lalu, syarikat itu telah mengeluarkan teaser koleksi emoji mereka yang menawarkan lebih daripada 400 emoji yang bertemakan Disney dan Pixar.

Jika anda telah menonton teaser tersebut dengan teliti, anda mungkin dapat lihat yang antara watak-watak yang ada dalam koleksi tersebut adalah seperti watak-watak  di dalam kartun Alice in Wonderland, The Little Mermaid dan Lilo and Stitch, dan simbol klasik disney seperti belon berbentuk Mickey Mouse dan topi-topi watak puteri mereka.

screen shot 2016-07-07 at 12.01.56 pm

gallery-1467997070-screen-shot-2016-07-08-at-125722-pm

Sudah tentu, Disney tidak akan membenarkan anda memiliki emoji-emoji ini dengan mudah. Menurut mereka, jika anda ingin memuat turun koleksi emoji ini ke telefon anda, anda perlu bermain permainan yang dipanggil Disney Emoji Blitz.

Apabila anda berjaya”mengumpul” emoji-emoji tersebut dalam permainan itu, anda juga mula boleh menggunakannya dalam perbualan teks anda.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai koleksi ini dan pelancaran mereka, lihat video teaser di bawah:

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/life/news/a39322/disney-emojis-keyboard/

Show More

Related Articles

Back to top button