#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


iPod: Masih relevan atau tidak?


 

Masihkah anda ingat zaman mendengar muzik melalui peranti ‘Walk-man’ atau ‘Disc-man’? Produk-produk itu boleh dianggap pupus daripada dunia teknologi susulan kemunculan muzik melalui fail MP3 dan selainnya.

Kemudian, kemunculan iPod menggegar dunia dam iTunes dianggap sebagai salah satu kemudahan utama yang mengubah dunia muzik.

Tidak perlu lagi memasang kaset atau CD dan anda boleh menyimpan sebanyak mana muzik yang anda mahu mengikut saiz memori peranti anda.

Secara keseluruhannya, Apple merevolusikan dunia muzik dengan pelancaran iPod pertama.

Namun, apakah masyarakat tidak mengangkat iPod seperti dahulu? Apakah iPod itu masih relevan sedangkan kesemua telefon pintar mampu menyimpan muzik sama sepertinya? Pengguna juga akan tertanya, apa beza iPod dengan iPhone atau telefon pintar yang lain?

Untuk pengetahuan anda, Apple akan melancarkan iPod generasi ke-6 tidak lama lagi. Dikhabarkan, Apple telah melaburkan dana mereka ke dalam muzik dan ada juga yang mengatakan iPod bakal memiliki kualiti muzik yang lebih berkualiti iaitu prosesor 64-bit.

Biarpun iPod touch dianggap sebagai iPhone murah (tiada kemudahan untuk membuat panggilan), iPod Shuffle dan iPod nano merupakan antara produk kesenaman paling popular di Amerika Syarikat.

Jadi, adakah iPod masih relevan pada tahun 2016? iPod Shuffle dan iPod Nano memiliki identiti sendiri berbanding iPod Touch.

Selain daripada memperkenalkan kecanggihan baharu, Apple perlu menyasarkan pasaran yang lebih spesifik seperti golongan sukan ekstrem, bersukan, dan aktiviti-aktiviti dalam situasi lasak seperti air, salji, api dan lain-lain lagi.

Artikel Berkaitan