#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Patutkah Kita Mengizinkan Mereka Berperang Di Atas Tanah Tumpah Darah Kita?


 

Toodia.my pernah berkongsi klip video kumpulan militan IS yang berpangkalan di Nusantara yang telah mengisytiharkan perang ke atas Malaysia dari NSTOnline.

Namun, apa yang mengejutkan ialah reaksi beberapa netizen yang menyokong puak tersebut. Betul ke anda mahu melihat nyawa adik-beradik, ibu dan bapa, saudara-mara anda dan juga orang tersayang melayang begitu sahaja? Kalau tidak mati, trauma yang bakal dihadapi bukanlah sesuatu yang manis.

Mungkin ada di antara netizen tidak sedar kehadiran mereka ini benar-benar wujud dan hasrat mereka untuk mengkucar-kacirkan Malaysia yang boleh dikatakan aman dari bencana yang serius adalah sesuatu yang harus dipandang berat.

Screen Shot 2016-05-23 at 4.22.37 PM

Kaitan beberapa rakyat Malaysia dengan kumpulan pengganas ini telah bermula hampir 20 dekad lamanya.

Seorang rakyat Malaysia, Zainuri Kamaruddin dikatakan telah melatih dirinya untuk membuat bom dan hal ini telah terbongkar apabila pada tahun 1998, di mana kejadian letupan telah berlaku di rumahnya di Perak yang mengorbankan isterinya pada ketika itu.

MM1A

Sumber Gambar: utusan.my

Cerita rasmi yang dikeluarkan ialah tong gas dapur rumah Zainuri telah meletup tetapi walhal yang sebenarnya isterinya telah terbunuh kerana bom buatan Zainuri yang telah disembunyikannya di dapur.

Pada ketika itu isterinya bangun tengah malam untuk menyediakan susu untuk anaknya tetapi dia tidak sengaja telah menumpahkan air ke atas alat yang dipercayai bom buatan Zainuri yang kemudiannya meletup. Walau bagaimanapun, sebelum pihak berkuasa tempatan tiba di tempat kejadian, bahan bukti telah pun dibersihkan oleh Zainuri.

Pada tahun 2014, Zainuri yang kini berumur 49 tahun telah pergi ke Syria dengan menggunakan nama Abu Talhah dan sedang mencari siapa yang boleh membantu mereka membuat bom.

Kumpulan pengganas di Nusantara ini dikatakan kekurangan pakar pembuat bom setelah meninggalnya Noordin Mat Top di tangan Polis Detachment 88 Anti-Terror Indonesia dan penangkapan 12 orang di Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor oleh SB-CTD Malaysia yang mahu mencuba bom buatan yang dipelajari melalui internet. Seorang lagi pakar buat bom ialah seorang komando tetapi telah pun ditahan tahun lalu.

noordin-sept19

Sumber Gambar: bukittunggal.com

Zainuri menuntut di Madrasah Misbahul Falah, Baling, Kedah, sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Abu Bakar, Karachi, Pakistan, di mana dia telah bergabung dalam Kumpulan Mujahidin Afganistan selama dua tahun. Semasa berada di dalam kumpulan ini, Zainuri telah berperang di Konar, Khowst dan Jalalabad, Afghanistan.

Dia juga telah menjadi salah seorang suspek yang mempunyai kaitan dengan pecubaan membunuh Nivashini Rajeswaran pada 25 Mei 1998, dan juga pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr Joe Fernandez.

Pada 25 Oktober 2000, Zainuri dan rakannya Abu Omar, telah meletakkan dua bom di Plaza Warisan dan pada masa yang sama telah meletupkan bom di sebuah kuil berdekatan Hentian Bas Pudu Raya.

Dia dan beberapa ahli KMM juga adalah dalang disebalik serangan di balai polis Guar Chempedak pada tahun 2001 apabila mereka bercadang untuk merampas senapang untuk menjatuhkan kerajaan pada ketika itu.

mh_01_

Sumber Gambar: utusan.my

Kes perompakan Southern Bank telah menyebabkan Zainuri ditangkap apabila rakannya telah membongkar rahsia penglibatan Zainuri walaupun dia tidak turut serta dalam rompakan tersebut. Namun, polis menemukan pelbagai senjata dan bahan letupan di rumah Zainuri.

Pada Ogos 2014, dia telah berjaya lolos dari serangan hendap oleh tentera Bashar al-Assad dengan kecederaan di leher dan peha.

Kini Zainuri Kamaruddin merupakan ketua IS Malaysia di Syria.

17ntzainuri.transformed

Sumber : nst.com.my

Artikel Berkaitan