#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


10 Kebaikan Membaca: Mengapa Anda Patut Membaca Setiap Hari


 

Bilakah kali terakhir anda membaca sebuah buku yang tebal, atau artikel majalah yang mempunyai lebih daripada 500 patah perkataan di dalamnya? Jika anda antara mereka yang kurang membaca dengan kerap, anda adalah antara orang-orang yang rugi. Ini kerana membaca mempunyai faedah yang banyak, dan berikut adalah antaranya:

  1. Sebagai stimulasi kepada otak anda

d3885b003c725f07b6f1a434dfe4dbbe

Kajian telah menunjukkan bahawa sekiranya otak anda kekal berfungsi, ia boleh melambatkan proses Alzheimer dan Demensia. Sama seperti otot lain di dalam badan anda, otak anda juga memerlukan pergerakan atau “senaman” yang mencukupi untuk memastikan ia kekal kuat dan sihat. Oleh itu, anda boleh melakukan ini dengan sering bermain permainan seperti kuiz atau catur untuk membantu merangsang kognitif anda.

  1. Mengurangkan tekanan

cae2117e5e90d19b152a65ecd73c4b3d

Tidak kira berapa banyak tekanan yang anda lalui di tempat kerja, dalam hubungan peribadi, atau banyak lagi masalah lain yang anda lalui, kesemuanya akan hilang dalam sekelip mata apabila anda mula membaca buku-buku yang menyeronokkan. Sebuah novel atau artikel yang ditulis dengan baik boleh membawa anda ke alam lain dan membolehkan anda untuk berehat daripada semua tekanan itu.

  1. Pengetahuan yang lebih luas

article-2355212-1AA67955000005DC-841_634x424

Semua perkara yang anda baca akan mengisi otak anda dengan pelbagai maklumat baru. Lebih banyak pengetahuan yang anda perolehi, anda akan lebih bersedia sekiranya anda perlu menghadapi sebarang cabaran yang anda tidak pernah lalui sebelum ini.

  1. Pengembangan perbendaharaan kata

a813c72bba7e23ba0dc5c67baa803e30

Lebih banyak anda membaca, lebih banyak perkataan yang akan anda dapat melalui pendedahan tersebut, dan mereka akan membuatkan perbendaharaan kata dalam hidup anda mengembang. Menjadi petah dan baik dalam pertuturan adalah satu kelebihan yang sangat besar dalam apa jua kerjaya sekali pun, dan dengan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan penuh yakin dengan majikan anda boleh menjadi satu rangsangan yang besar terhadap keyakinan diri anda. Ia juga akan membantu anda dalam kerjaya anda kerana sekiranya anda boleh membaca dengan baik,  bertutur dengan baik, dan juga berpengetahuan yang luas dalam pelbagai perkara, berpotensi untuk naik pangkat lebih cepat (dan kerap) daripada daripada mereka yang mempunyai kosa kata yang lebih rendah dan kekurangan pengetahuan dalam sastera, pencapaian saintifik, dan juga peristiwa global.

  1. Memperkuatkan ingatan anda

3ce743bddc6fee4cbb7c530c1a9f9cf4

Apabila anda membaca buku, anda perlu ingat pelbagai jenis watak-watak, latar belakang mereka, cita-cita mereka, sejarah mereka, dan nuansanya, serta pelbagai lengkok dan sub-plot yang ada dalam setiap cerita itu. Walaupun ia agak banyak untuk diingati, otak anda adalah satu benda yang ajaib yang mampu ingat perkara-perkara ini dengan agak mudah.

  1. Kemahiran menganalisis yang kuat

reading-glasses-word-information-focus-984911

Pernahkan anda membaca satu novel misteri, dan berjaya menyelesaikan misteri tersebut sendiri sebelum anda habis membacanya? Jika ya, ini bermakna anda berjaya menggunakan pemikiran kritikal dan analitikal anda dalam proses menyelesaikan misteri tersebut.

Keupayaan ini juga berguna apabila anda ingin mengkritik sesuatu plot itu; menentukan sama ada hasil penulisan itu baik atau tidak, sekiranya perwatakan watak-watak itu dapat disampaikan dengan baik, ataupun jika jalan ceritanya berjalan dengan lancar.

  1. Fokus anda akan meningkat

5318404-Man-Reading-Book-Focus-on-book--Stock-Photo-english-book-language

Dalam dunia kita yang sibuk dengan kehebatan internet, fokus kita terbahagi kepada pelbagai arah yang berbeza sekaligus. Walau bagaimanapun, apabila anda membaca, perhatian anda akan tertumpu sepenuhnya kepada cerita itu dan apa yang berlaku di sekeliling anda akan lenyap dari fikiran anda. Cuba baca apa-apa selama 12-20 minit sebelum anda pergi bekerja dan anda akan terkejut dengan kebolehan anda untuk fokus dengan lebih baik sebaik sahaja anda masuk ke pejabat.

  1. Kemahiran menulis anda akan meningkat

images

Pendedahan terhadap karya yang ditulis dengan baik, juga akan memberi kesan kepada kemahiran dalam penulisan anda. Ini kerana, dengan membaca anda akan lebih peka kepada irama, kestabilan, dan gaya penulisan penulis itu sendiri akan mempengaruhi kemahiran anda dalam menulis dengan lebih baik.

  1. Anda akan mendapat ketenangan

5d487c0f8aefd2191a6e62c84610d9d5

Selain daripada dapat membuatkan anda rasa lebih rileks, ia juga akan membawa ketenangan jiwa yang besar kepada anda. Dengan membaca teks kerohanian, ia akan membolehkan anda menurunkan tekanan darah dan membuatkan anda rasa tenang.

  1. Hiburan yang percuma buat anda

bookstore

Mungkin kadang-kadang hobi anda untuk membaca akan menghabiskan banyak duit anda disebabkan buku-buku yang anda beli. Apa yang anda boleh buat adalah, anda boleh meminjam buku-buku di perpustakaan tempatan anda. Sekiranya di tempat anda tinggal tiada perpustakaan atau anda ada masalah mobiliti untuk ke sana, anda juga boleh melayari internet untuk mendapatkan buku-buku dalam bentuk PDF dan tidak perlu mengeluarkan satu sen pun duit anda.

Oleh itu, keluarlah dari dunia IT anda buat sementara waktu dan mula lah membaca semula kerana anda tidak mahu kerugian kesemua faedah membaca yang ada di atas.

Sumber: http://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-benefits-reading-why-you-should-read-everyday.html

Artikel Berkaitan