#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Regatta Lepa ‘Pesta Air Sabah’


 

Korang tau tak apa itu Regatta Lepa?? Kalau korang nak tau.. Regatta Lepa ni ialah pesta air tahunan yang diadakan di Sabah. Regatta Lepa merupakan acara tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. ‘Lepa’ ni maksud dia ialah sejenis bot yang digunakan dalam kehidupan harian seperti menangkap ikan dan kenderaan harian.

5

DP

Kalau korang nak pergi ke perayaan ni.. korang kena lah pergi bulan April sebab perayaan ini disambut setiap tahun pada bulan April dan memakan masa 2 hingga 3 hari.

10

Banyak aktiviti yang menarik ada di perayaan ini. Admin tak tipu lah.. Korang cuba bayangkan di tepi pantai terdapat ratusan Lepa (bot) yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung, sambuayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Menarik kan?? Rugi lah kalau korang tak pergi..

7

4

1

Apa yang admin tau, aktiviti kat sini terbahagi kepada 2 kawasan utama iaitu ‘Acara Laut’ di tepi pantai dan ‘Pentas Budaya’ dan pameran di Padang Pekan Semporna. Malam pulak , korang berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian artis dan pertunjukan bunga api

3

2

Bukan tu saja , ada jugak acara-acara lain disepanjang perayaan ini termasuklah acara ‘lumba kelle-kelle’ , tarik-tali lepa , lumba renang dan menangkap itik.. Yang paling penting sekali ialah pertandingan utama ialah merebut gelaran ‘Lepa Tercantik’. Masa tu lah ada pelbagai bot yang cantik-cantik, warna warni. Terpukau juga lah kalau korang tengok..

11

12

Huhh…   Admin taknak cerita panjang-panjang lah.. korang kena datang sendiri dan saksikan sendiri perayaan yang hebat ni. Rugi lah kalau tak datang..

Sumber : ww2.sabah.gov.my , www.sini.com.my

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998