Sukan

9 Fakta Menarik Le Tour De Langkawi

1. Le Tour de Langkawi dilancarkan buat kali pertama pada tahun 1996

2. Empat jersi menjadi rebutan pelumba iaitu jersi juara keseluruhan, Raja Pecut, Raja Bukit dan Pelumba Asia Terbaik.

3. Gelaran pasukan terbaik dan pasukan Asia terbaik diberikan sebagai pengiktirafan kepada pasukan yang paling cemerlang.

4. Pelumba tempatan, Anuar Manan merupakan satu-satunya pemenang jersi ketika meraih gelaran Raja Pecut pada tahun 2010. 

5. Perlumbaan terdiri daripada 10 aksi sepanjang hari ataupun ‘stages’ di pelbagai jenis trek di sekitar Malaysia.

6. Pada usia 26 tahun, pelumba Andrea Guardini dari Itali memegang rekod sebagai pemenang ‘stages’ terbanyak dalam sejarah dengan 18 kemenangan secara keseluruhan.

 

7. Setiap jalan atau trek berbeza setiap tahun namun pendakian Genting Highlands sentiasa menjadi acara kemuncak bagi LTdL sejak perlumbaan berbasikal itu dimulakan pada 1996 berikutan ketinggian kawasan itu.

8. Kiel Reijnen dari Amerika Syarikat merupakan pemenang jersi Raja Bukit pada edisi ke-20, tahun 2015.

9. Masalah kewangan mencemari aksi memberangsangkan ini sejak tahun 2005. Namun, atlet-atlet negara mahupun atlet antarabangsa tidak kekal komited untuk memeriahkan kejohanan berprestij ini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button